window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Video: Perodua Myvi rempuh Tesco Puchong akibat tertekan pedal, pekerja cedera

Mersita · Sep 2, 2021 11:59 AM

Video: Perodua Myvi rempuh Tesco Puchong akibat tertekan pedal, pekerja cedera 01

“Myvi buat hal lagi.” – ungkapan popular warganet setiap kali ‘King’ hatchback Malaysia ini terlibat dalam kejadian tidak diingini. Kali ini, sebuah Perodua Myvi merempuh pintu masuk pasaraya Tesco Pusat Bandar Puchong, mengakibatkan seorang pekerja restoran cedera.

Video: Perodua Myvi rempuh Tesco Puchong akibat tertekan pedal, pekerja cedera 02

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 4.30 petang semalam itu, pemandu Myvi berusia 64 tahun terlibat dipercayai ingin memarkir kenderaannya, namun sebaliknya tertekan pedal minyak sehingga merempuh pintu masuk terus ke dalam pasaraya berkenaan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Video: Perodua Myvi rempuh Tesco Puchong akibat tertekan pedal, pekerja cedera 01

Myvi tersebut terhenti betul-betul di hadapan sebuah kiosk menjual gajet dengan bampar hadapan sebelah kanannya pecah. Pemandu lelaki itu dilihat enggan keluar dari kereta serta-merta.

Seorang kakitangan berusia 31 tahun yang bekerja di restoran makanan segera McDonald’s berhampiran pintu masuk berkenaan cedera dirempuh Myvi berkenaan dan dilihat diusung keluar dari pasaraya itu oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke dalam ambulans.

Menurut video dirakam orang awam, mangsa dilihat masih berada dalam keadaan sedarkan diri dan tiada kecederaan serius di kepalanya.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata pemandu Myvi terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Siasatan lanjut berhubung kejadian sedang dijalankan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda