window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

(Video) Perodua Myvi remuk teruk, lori rempuh 7 kereta di lampu isyarat Jalan Ipoh, KL

Mersita · Sep 6, 2021 05:00 PM

(Video) Perodua Myvi remuk teruk, lori rempuh 7 kereta di lampu isyarat Jalan Ipoh, KL 01

Satu kemalangan baru sahaja terjadi pada jam 2.34 pm tadi di susur keluar ke Jalan Sultan Azlan Shah dari Jalan Ipoh di ibu kota, melibatkan sekurang-kurangnya lapan buah kereta dan sebuah lori. Sebuah Perodua Myvi berwarna kuning dilihat remuk teruk dan kereta-kereta lain juga dilihat mengalami kerosakan serius akibat dirempuh lori tanpa muatan berkenaan.

(Video) Perodua Myvi remuk teruk, lori rempuh 7 kereta di lampu isyarat Jalan Ipoh, KL 02

Menurut video ‘dashcam’ saksi dan rakaman orang awam, keadaan jalan di persimpangan berhadapan Bank Muamalat agak sesak dan semua kenderaan dilihat sedang berhenti menunggu lampu isyarat.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebuah lori berwarna kuning dilihat bergerak dengan agak laju dari arah belakang lalu merempuh barisan kereta yang menunggu lampu isyarat tersebut.

Myvi kuning mangsa barangkali kereta pertama yang terkena impak rempuhan tersebut sebelum tersepit di antara kereta-kereta yang turut dirempuh di hadapannya.

(Video) Perodua Myvi remuk teruk, lori rempuh 7 kereta di lampu isyarat Jalan Ipoh, KL 01

Antara jenis kenderaan yang dilihat turut dirempuh lori berkenaan ialah sebuah lagi Perodua Myvi, Peugeot 208, Perodua Axia, dan Proton X70. Kenderaan lain yang juga terkesan dengan rempuhan tersebut termasuklah sebuah Toyota Vios, Kia Cerato, dan BMW X6.

Liputan lebih terperinci akan menyusul.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda