window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

(Video) Positif dadah, pemandu Perodua Axia rempuh 7 kereta terpaksa diheret keluar kereta

Mersita Β· Nov 19, 2021 05:09 PM

(Video) Positif dadah, pemandu Perodua Axia rempuh 7 kereta terpaksa diheret keluar kereta 01

Kemalangan melibatkan sebuah Perodua Axia berwarna merah dan tujuh buah kenderaan di Jalan Kuala Ibai, Kuala Terengganu pada petang Khamis lalu didapati disebabkan oleh pemandu Axia berkenaan yang memandu di bawah pengaruh dadah.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, kemalangan tersebut berlaku pada kira-kira jam 6.15 petang apabila sebuah kereta Perodua Axia yang dinaiki oleh dua orang lelaki datang dari arah Chendering menghala ke pusat bandar Kuala Terengganu.

“Setelah melalui Jambatan Kuala Ibai, pemandu Axia berkenaan gagal membrek dengan baik dan telah melanggar tujuh buah kenderaan lain yang sedang menunggu lampu isyarat merah di persimpangan lampu isyarat Kuala Ibai,” katanya lagi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rakaman kejadian itu mula tular di media sosial, menunjukkan pemandu Axia merah terbabit terpaksa diheret keluar dari kereta oleh anggota polis. Beberapa pengguna jalan raya lain, dipercayai mangsa kemalangan, kelihatan berang sambil menendang pintu kereta Axia terbabit beberapa kali.

Menurut beliau, kesemua kenderaan yang menjadi mangsa rempuhan terbabit mengalami kerosakan kecil dan kesemua pemandu telah hadir ke Balai Polis Trafik IPPD Kuala Terengganu untuk membuat laporan. Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

“Pemandu dan penumpang Axia berkenaan, berusia awal 30-an, telah ditahan dan kedua-duanya didapati positif dadah jenis methamphetamine menerusi saringan ujian air kencing,” katanya lagi.

Kedua-dua suspek disiasat di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala kes kemalangan jalan raya tersebut disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Perodua Axia 1.0 G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda