window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Video: Proton Perdana cabut lari, tak nak bayar lepas tukar paip ekzos. Siap langgar orang lagi!

Mersita ยท Sep 1, 2022 03:00 PM

Video: Proton Perdana cabut lari, tak nak bayar lepas tukar paip ekzos. Siap langgar orang lagi! 01

Satu rakaman video menunjukkan pemandu Proton Perdana yang cuba melarikan diri dari sebuah bengkel di Kluang, Johor baru-baru ini tular di media sosial dan semestinya menerima pelbagai reaksi dari warganet.

Memetik laporan China Press, bengkel berkenaan baru saja selesai menukar paip ekzos Perdana putih tersebut, namun pemandunya cepat-cepat mengambil kunci dan menghidupkan kereta sebelum melarikan diri tanpa melangsaikan bayaran bagi servis yang diberikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Nasib baik, sepasang ibu dan anak yang menjaga bengkel berkenaan merasakan sesuatu tidak kena lalu bertindak mengejar dan mencapai kunci di dalam sedan yang sedang bergerak itu. Si ibu yang turut mengejar digelek oleh tayar belakang sedan tersebut di bahagian kakinya sebelum pemandu lelaki itu akur dan memberhentikan kereta.

Juga baca: (Video) Viral: Dipercayai lari dari polis, rempuh Toyota Vios sampai terbalik di Lebuhraya Salak

Setelah disoal, pemandu terbabit mengakui dia tiada duit untuk melangsaikan bil bengkel berkenaan yang bernilai RM 225. Setelah dibawa ke bank, difahamkan lelaki tersebut mengambil masa yang agak lama untuk mengeluarkan duit bagi melangsaikan bayaran kepada bengkel berkenaan.

Walaupun dilanggar, kedua-dua mangsa tidak mengalami kecederaan serius dan merancang untuk membuat laporan polis setelah selesai menjalani rawatan, lapor akhbar berkenaan.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda