window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Video: Proton Preve dilihat 'escort' BMW X5 lagak macam polis, siap langgar lampu merah!

Haris ยท Aug 17, 2022 11:00 AM

Video: Proton Preve dilihat 'escort' BMW X5 lagak macam polis, siap langgar lampu merah! 01

2 buah Proton Preve tular di laman sosial apabila dilihat memandu secara berbahaya dan tidak mengikut undang-undang jalan raya. Kejadian tersebut menimbulkan sedikit kerisauan kepada pengguna jalan raya kerana umum mengetahui bahawa Proton Preve merupakan antara kenderaan yang digunakan oleh pihak PDRM.

Dalam satu hantaran oleh Hafidz Hassan, sebuah BMW X5 dan 2 buah Proton Preve tersebut pada awalnya melanggar lampu merah dan melakukan pusingan-U ketika kenderaan perakam sedang melepasi simpang yang menunjukkan lampu hijau untuk laluannya.

Kemudian, 2 buah Proton Preve tersebut memintas kenderaan perakam sambil memasang lampu "double signal" lantas mengekori BMW X5 tersebut.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kenderaan perakam terus mengekori 3 buah kenderaan tersebut dan mendapati Proton Preve itu sengaja menghalang 2 laluan termasuk laluan menghala ke kiri sambil membenarkan BMW X5 tersebut berada di hadapan mereka.

Perbuatan tersebut memberi persepsi seolah-olah Proton Preve tersebut sedang mengiringi BMW X5 namun ia bukan sesuatu yang dilakukakan atas kapasiti "escort" rasmi. Kejadian ini dilaporkan berlaku di sekitar Presint 8, Putrajaya.

Hafidz turut mendakwa bahawa Proton Preve tersebut dilengkapi dengan lampu strob tetapi tidak dipasang sambil membawa penghuni yang bertatu di lengan serta dilengkapi dengan walkie-talkie. Tiada sebarang logo PDRM atau jabatan di sisi kenderaan.

Video: Proton Preve dilihat 'escort' BMW X5 lagak macam polis, siap langgar lampu merah! 01

BMW X5 di hadapan sambil 2 Proton Preve menghalang laluan

Tinjauan di bahagian komen mendapati bahawa kedua-dua kenderaan didaftarkan atas nama persendirian dan bukan milik mana-mana jabatan.

Pihak polis diseru untuk melakukan siasatan kerana tindakan Proton Preve tersebut mampu membuatkan pengguna jalan raya lain berasa keliru lagi-lagi apabila menggunakan kenderaan yang sama seperti PDRM tetapi melanggar undang-undang jalan raya.

Baca: Video: Toyota Alphard disangka PDRM, siren dibunyi & lampu strob biru dinyala untuk mencelah?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda