window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Video: Ramai sangat masuk lorong TnG tak ‘topup’, pemandu lori bagi komen padu sampai tular!

Haris · Dec 31, 2021 11:00 AM

Video: Ramai sangat masuk lorong TnG tak ‘topup’, pemandu lori bagi komen padu sampai tular! 01

Menjelang akhir tahun 2023, Malaysia akan menggunakan sistem RFID sebagai cara pembayaran utama di plaza tol. Walaupun menerima sedikit tentangan rakyat, sistem tersebut adalah penting kerana ia selangkah untuk pelaksanaan sistem tol tanpa palang Multi Lane Free Flow (MLFF).

Sistem tol berpalang memang menyusahkan ramai pihak. Lebih menyusahkan adalah kegagalan untuk menambah nilai sebelum waktunya, kemudian terpaksa mencari kiosk tambah nilai di lorong tol. 

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Video yang tular ini benar-benar menggambarkan rungutan rakyat Malaysia terhadap kelemahan sistem ini.

“Satu contoh menyusahkan orang. Baru nak ‘topup’ kena pulak berhenti sini kena pergi pondok sebelah sana.” ujar pemandu lori tersebut.

“Tadi dah 3-4 biji dah! Buat macam ini. Ater baru terhegeh-hegeh nak … heiii” rungut pemandu lori tersebut disulami loghat perak.

Pemandu lori tersebut juga sempat memerli pemandu Mercedes-Benz dihadapannya sebagai ‘orang kaya Maha Bijaya’ namun tidak berapa bijaksana dalam memudahkan urusan di lorong tol.

Video: Ramai sangat masuk lorong TnG tak ‘topup’, pemandu lori bagi komen padu sampai tular! 01

Tangkap layar rakaman video dashcam lori

“Haa, itu jam baru nak mencari kad touch ‘n go. Ala makcik.”

“Bukan nak pergi awal-awal ‘top up’, cubalah jangan jadi orang yang menyusahkan orang. Cakap nanti marah, cakap kang nanti cakap pemandu lori kurang ajar,” kata pemandu lori tersebut.

Ramai yang terhibur dengan rungutan pemandu lori berkenaan. Rata-rata memberi komen bahawa kesemua rakyat Malaysia tentunya pernah berhadapan dengan situasi yang sama dan merungut perkara yang sama.

Mungkin perubahan terhadap cara pembayaran RFID akan mengurangkan masalah ini. Transisi daripada pembayaran tunai kepada nirtunai di Malaysia sangat baik, namun memerlukan sedikit dorongan dari pihak yang berwajib.

Baca: Bayaran tol guna kad Touch ‘n Go dan SmartTAG akan dihentikan secara berperingkat, RFID diutamakan

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda