Video: Sekilas pandang Perodua Alza 2022 D27A & 10 ciri baru yang 'best' pada MPV marhaen ini!

Faisal · Jul 20, 2022 08:00 PM

Sekilas pandang, anda akan nampak bahawa rupa parasnya sendiri mengalami transformasi yang cukup drastik. Senang cerita, nampak moden habis. Malah berbanding dengan kembarnya sendiri (Daihatsu Xenia, Toyota Veloz & Avanza), Alza nampak paling cun di antara mereka. Hiasan dalamannya juga nampak premium dan rasa solid.

Video: Sekilas pandang Perodua Alza 2022 D27A & 10 ciri baru yang 'best' pada MPV marhaen ini! 01

Dari segi perincian pula, Alza generasi baharu diperbaharui dengan lampu luar jenis LED penuh beserta penawaran ciri lampu isyarat beranimasi 'sequential' pada bahagian depan (1.5 H & AV). Kalau tak cukup mengancam lagi, kit aksesori tambahan GearUp tetap ada.

Video: Sekilas pandang Perodua Alza 2022 D27A & 10 ciri baru yang 'best' pada MPV marhaen ini! 02

Perkara kedua yang best tentang Alza 2022 adalah saiznya lebih panjang dan lebih lebar berbanding sebelum ini. Jadi kalau bab ruang, memang kabinnya lagi luas lah. Malah, rakan pasukan kami, @Adrian yang bertinggian 175 cm pun tiada masalah untuk duduk di baris ketiga kerana sudut sandarnya boleh dilaras.

Video: Sekilas pandang Perodua Alza 2022 D27A & 10 ciri baru yang 'best' pada MPV marhaen ini! 03

Nak akses masuk pun mudah kerana anda hanya perlu laras satu tombol azimat yang terletak di baris kedua, kemudian kerusi akan terus terlipat naik untuk memberi ruang ke baris ketiga. Bercakap mengenai ini, tempat duduk belakang juga sudah ada penyaman udara sendiri. Jadi, anda semua tidak akan komplen dah.

Video: Sekilas pandang Perodua Alza 2022 D27A & 10 ciri baru yang 'best' pada MPV marhaen ini! 04

Ciri baharu yang ada pada Alza juga bukan setakat hembusan bak ‘syurga’ untuk penumpang belakang, Malah, fitur seperti kamera 360-darjah, brek belakang jenis cakera serta brek parkir elektrik (EPB) dengan Auto Brake Hold pun ada (1.5 AV).

Video: Sekilas pandang Perodua Alza 2022 D27A & 10 ciri baru yang 'best' pada MPV marhaen ini! 05

Menariknya, fitur-fitur ini adalah yang pertama buat Perodua. Malah, sokongan Android Auto (Apple CarPlay pula masih dalam proses rundingan) yang dilengkapkan istimewa pada varian AV juga merupakan yang pertama dalam sejarah kereta buatan Malaysia. Padu kan?

Juga bacaKenapa kereta anda wajib ada Apple CarPlay dan Android Auto? Ini sebabnya

Video: Sekilas pandang Perodua Alza 2022 D27A & 10 ciri baru yang 'best' pada MPV marhaen ini! 06

Tetapi sebagai MPV baru, takkan ia lebih dekat ciri dan ruang sahaja? Sebenarnya, dalam aspek praktikaliti pun Alza baharu boleh tahan hebat. Kalau ruang menyimpan barang masih tidak cukup, bahagian bawah pada but belakang pun ada tempat rahsia yang mana anda boleh sorok bermacam-macam benda.

Video: Sekilas pandang Perodua Alza 2022 D27A & 10 ciri baru yang 'best' pada MPV marhaen ini! 07

Apapun, sebagai MPV, aspek keselamatan juga tidak harus dilupa dan disini pun Alza baharu cemerlang kerana varian terbawah (1.5 X) sekalipun datang dengan ADAS ASA 3.0. Bercakap mengenai keselamatan, Alza baharu juga dibina berasaskan platform DNGA-B. Ini bermakna pengendaliannya lebih mantap.

Video: Sekilas pandang Perodua Alza 2022 D27A & 10 ciri baru yang 'best' pada MPV marhaen ini! 08

Malah, pemanduannya juga akan lebih menyeronokkan kerana nadinya menggunakan gabungan enjin 1.5L NA baharu berkod 2NR-VE (106 PS, 138 Nm) dan transmisi D-CVT yang cukup responsif. Tidak cukup dengan itu, MPV ini juga lebih menjimatkan minyak (dakwaan serendah 4.54 liter/100 km, 22 km/L dalam ujian MDC atau 5.29 liter/100 km, 18.9 km/L di bawah kitaran NEDC.

Video: Sekilas pandang Perodua Alza 2022 D27A & 10 ciri baru yang 'best' pada MPV marhaen ini! 09

Jadi, dengan bermacam-macam benda yang best tentang Perodua Alza baharu, sudahkah anda terhasut untuk menempah sebiji? Selebihnya lagi ada pada dua video TikTok di bawah.

Juga bacaPerodua Alza D27A 2022 laku keras - tempoh menunggu 9-10 bulan, lebih 30,000 tempahan telah diterima!

@wapcar_zamil 30,000 tempahan, dan anggaran tempoh menunggu dekat 9 bulan! #peroduaalza2022 #perodua #alza2022 #fypmalaysia #carmalaysia #malaysia ♬ Despair (抖音热播) - 初梦
@wapcar_adrian Ini dia guys, model yang dinantikan #PeroduaAlza2022! #WapCar #ReviewKereta ♬ FEEL THE GROOVE - Queens Road, Fabian Graetz

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda

Model Terbaru