window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Top_pc', [ [ 728, 90 ] ], 'div-gpt-ad-1677034384063-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1677034384063-0'); });

Video: Tak cukup dengan basikal lajak, ‘spesis’ sama tunjuk hebat dengan baring di tengah jalan

Faisal · Apr 19, 2022 09:00 AM

Video: Tak cukup dengan basikal lajak, ‘spesis’ sama tunjuk hebat dengan baring di tengah jalan 01

Tangkap layar.

Minggu lalu, Malaysia digemparkan dengan keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman berat terhadap mangsa basikal lajak, iaitu saudari Sam Ke Ting walaupun keretanya sampai terbalik gara-gara hendak mengelak.

Juga bacaKes basikal lajak: Sam dibebaskan dengan jaminan RM 10,000

Kini, tertimbul pula beberapa klip video sekitar tahun 2019 di Taman Bukit Anggerik, Kuala Lumpur yang memperlihatkan budak-budak acah samseng yang buat kacau di tengah jalan seolah-olah mahu tunjuk hebat.

Dalam klip pertama, mereka dilihat baring di atas garisan kembar untuk tunggu kereta datang. Kemudian, sebuah Perodua Myvi putih pun tiba dan lalu seperti biasa. Barangkali, budak-budak ini rasa hebat kalau betul-betul dekat dengan kereta yang lalu lalang.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Middle_leaderboard_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1670926945518-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926945518-0'); });

Tidak cukup dengan itu, geng-geng yang tidak bertamadun ini juga membaling objek keras dari tepi jalan secara tersorok ke arah kereta yang lalu jalan tersebut. Kalau diperhatikan pada klip itu, bunyi yang dapat didengar jelas memberitahu bahawa sebuah lagi Perodua Myvi putih yang lalu ketika itu terkena dengan impak balingan dari budak-budak nakal ini.

Yang hairannya, geng yang sama juga dipercayai membuat kecoh di sebuah kedai yang mana mereka sepahkan barang-barang di luar kedai yang sudah ditutup.

Video: Tak cukup dengan basikal lajak, ‘spesis’ sama tunjuk hebat dengan baring di tengah jalan 01

Apa motif mereka buat kerja-kerja tak siuman lewat malam seperti ini? Mana ibu bapa mereka?

Juga bacaIsu basikal lajak: Ketika netizen berbalah, wartawan ini dedah ada kerja dah dibuat komuniti berbasikal!

Sumber: Facebook Taman Sentosa Klang

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Bottom_leaderboard_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1670926977082-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926977082-0'); });

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda