window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Video: Toyota Avanza 'buli' bas ketika jalan sesak, pemandu tak reti beza saiz kenderaan!

Haris ยท May 11, 2022 11:59 AM

Video: Toyota Avanza 'buli' bas ketika jalan sesak, pemandu tak reti beza saiz kenderaan! 01

Gelagat seorang pemandu Toyota Avanza yang terlalu ego di jalan raya akhirnya memakan diri apabila kenderaannya mengalami kemalangan kecil akibat bergeser dengan sebuah bas persiaran.

Dalam satu laporan daripada Kosmo!, pemandu Toyota Avanza tersebut turut dilihat bersikap seperti 'samseng jalanan' apabila menghentikan kenderaannya di tengah jalan sambil keluar dari kenderaan untuk bertengkar dengan pemandu bas tanpa mempedulikan situasi sekeliling.

Video: Toyota Avanza 'buli' bas ketika jalan sesak, pemandu tak reti beza saiz kenderaan! 02

Tangkap layar rakaman

Rakaman dashcam daripada Acik Art yang dimuat naik di Facebook itu tular apabila ramai yang mengecam gelagat pemandu Toyota Avanza tersebut.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pada awalnya, pemandu Toyota Avanza tersebut berusaha untuk mencelah di tengah laluan antara sebuah kereta jenis Perodua Kelisa dan bas terbabit. Tindakan tersebut akhirnya memakan diri kerana kenderaan MPV tersebut bergesar dengan bas lalu berlaku kemalangan kecil.

Apa yang menjadi bualan warga maya adalah kegagalan pemandu Toyota Avanza tersebut untuk membezakan antara saiz kenderaan malah sanggup berhenti di hadapan bas selepas kemalangan terjadi.

Oleh yang demikian, ramai yang berpendapat bahawa kejadian tersebut merupakan suatu pengajaran berharga buat mereka yang mementingkan diri sendiri di atas jalan raya serta kepentingan untuk merendahkan ego semasa memandu. Terbukti di sini ego pemandu yang terlalu besar sehingga sanggup mencabar kenderaan sebesar bas!

Baca: Video: Pemandu trak pikap 'road bully' yang cuba mengakibatkan kemalangan ini sudah ditangkap!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda