window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Video tular BMW M4 ‘dilenjan’ sebelum rempuh kedai di Tanjong Pagar

Mersita · Feb 15, 2021 01:00 PM

Video tular BMW M4 ‘dilenjan’ sebelum rempuh kedai di Tanjong Pagar 01

Orang awam dan penduduk di sekitar kawasan Tanjong Pagar pada pagi Sabtu lepas dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat hasil dari rempuhan di salah sebuah lot kedai kosong di 37 Tanjong Pagar Road, Singapura.

Menurut laporan oleh Malay Mail, kereta jenis BMW M4 Coupe tersebut yang dipercayai dipandu secara laju dan merbahaya merempuh lot kedai itu lalu terbakar, mengorbankan lima orang mangsa – Jonathan Long (29), Eugene Yap (29), Elvin Tan Yong Hao (28), Teo Qi Xiang (26), serta Gary Wong Hong Chieh (29).

Video tular BMW M4 ‘dilenjan’ sebelum rempuh kedai di Tanjong Pagar 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Seorang wanita, Raybe Oh Siew Huey (26) iaitu tunang kepada Long yang memandu kereta tersebut, mengalami kecederaan teruk akibat api dari cubaannya untuk menyelamatkan mangsa-mangsa yang terperangkap dan sedang dirawat di ICU Hospital Umum Singapura.

Video tular BMW M4 ‘dilenjan’ sebelum rempuh kedai di Tanjong Pagar 01

Sumber: The Straits Times

Menurut laporan tersebut, kawasan itu sememangnya dikenali dengan aksi-aksi pemandu yang gemar ‘melenjan’ kereta mereka setelah selesai bersuka-ria di pusat-pusat hiburan berhampiran.

Satu video yang dipercayai menunjukkan BMW M4 Coupe yang terlibat kemalangan tersebut telah tular di media sosial. Ia menunjukkan sebuah kereta putih yang dipandu secara laju di jalan raya sempit ditemani sorakan dari penonton yang melihat dari sisi jalan.

Tanjong Pagar Road dan Cantonment Road dikatakan menjadi kawasan kegemaran untuk anak muda ‘menguji kehebatan’ kereta mereka dan ini bukanlah kemalangan kali pertama yang diakibatkan oleh pemanduan merbahaya. Dikatakan pelbagai aduan sudah dibuat dan pihak berkuasa berhasrat untuk mengambil langkah pencegahan yang sepatutnya.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda