window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

(Video) Vios buat hal buka pintu mengejut, dua wanita naik motosikal tersungkur langgar Axia

Mersita ยท Feb 10, 2022 10:00 AM

(Video) Vios buat hal buka pintu mengejut, dua wanita naik motosikal tersungkur langgar Axia 01

Tular satu rakaman dashcam menunjukkan dua orang wanita menaiki motosikal tersungkur akibat tidak sempat mengelak daun pintu sebuah Toyota Vios yang dibuka secara mengejut ketika berhenti di jalan raya. Motosikal itu kemudiannya merempuh sisi sebuah Perodua Axia di lorong kiri.

Seperti biasa, video sebegini yang dikongsi di laman Facebook DashCam Malaysia baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi netizen.

Menurut rakaman video berkenaan, seorang wanita dilihat membuka pintu kereta Vios berwarna perak di sebelah penumpang semasa kenderaan sedang berbaris di lorong paling kanan jalan raya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tepat pada masanya apabila daun pintu dibuka sepenuhnya, sebuah motosikal dinaiki dua wanita bertudung merempuh daun pintu kereta berkenaan sebelum tersungkur dan melanggar kereta berhampiran.

(Video) Vios buat hal buka pintu mengejut, dua wanita naik motosikal tersungkur langgar Axia 01

Kalau akak baju pink 'gengster', naya.

Kedua-dua mangsa dilihat tidak mengalami kecederaan serius, manakala wanita yang tiba-tiba membuka pintu Vios berkenaan perlahan-lahan masuk semula ke dalam kereta dan dilihat seperti teragak-agak untuk menutup pintu itu semula.

Nasihat tidak berbayar kami untuk semua pembaca WapCar.my: Sila perhatikan keadaan sekeliling sebelum membuka pintu kereta di mana saja anda berada, dan jangan pandai-pandai keluar kereta di tengah jalan jika tiada kecemasan. Utamakan keselamatan setiap masa dan jangan menyusahkan orang lain.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda