window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Vietnam bakal lancar Toyota Veloz Cross 2022 & Avanza Premio, perasmian malam ini!

Faisal Β· Mar 22, 2022 06:30 PM

Vietnam bakal lancar Toyota Veloz Cross 2022 & Avanza Premio, perasmian malam ini! 01

Kiri: Toyota Avanza di Indonesia.

Toyota Veloz dan Avanza nampaknya kekal mengorakkan langkah ke pelbagai pasaran Asia Tenggara dan malam ini, ia akan dilancarkan di Vietnam pada jam 8.30 pm (waktu Malaysia).

Vietnam bakal lancar Toyota Veloz Cross 2022 & Avanza Premio, perasmian malam ini! 02

Dipetik dari Facebook Toyota Vietnam.

Untuk makluman anda, Iklan dan acah samar-samar buat kedua-dua model ini telahpun diperlihatkan dalam Facebook rasmi Toyota Vietnam.

Vietnam bakal lancar Toyota Veloz Cross 2022 & Avanza Premio, perasmian malam ini! 03

Secara amnya, kedua-dua model yang berpacuan roda depan ini dibangunkan berasaskan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA). Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Veloz Cross (kiranya lagi atas daripada Avanza) akan hadir secara standard dengan lampu LED automatik, tempat duduk kulit, penyaman udara automatik, electric parking brake (EPB) dan pengecas tanpa wayar.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaToyota Avanza Veloz sudah dieksport ke Vietnam tapi kini guna nama berbeza

Vietnam bakal lancar Toyota Veloz Cross 2022 & Avanza Premio, perasmian malam ini! 01

Intipan Veloz Cross di Vietnam.

Varian paling atas yang dipanggil Veloz Cross Top pula dikhabarkan datang dengan roda 17 inci dan infotainment 9 inci. Mengenai Avanza Premio, ia dilaporkan mengenakan falfasah yang lebih asas dan ringkas.

Vietnam bakal lancar Toyota Veloz Cross 2022 & Avanza Premio, perasmian malam ini! 02

Kabin Veloz di Indonesia.

Apapun, Veloz Top yang hangat dinantikan katanya bakal menjadi varian solo yang hadir dengan bantuan keselamatan ADAS Toyota Safety Sense (TSS). Sistem ini merangkumi ciri seperti:

  • Pre-Collision Warning (PCW)
  • Rear Cross-Traffic Alert (RCTA)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Blind-Spot Warning (BSW)

Vietnam bakal lancar Toyota Veloz Cross 2022 & Avanza Premio, perasmian malam ini! 03

Kabin Avanza di Indonesia. Perasan kluster instrumen analog?

Dari segi teknikal, Veloz Cross dan Avanza Premio dikuasakan oleh enjin 2NR-VE 1.5L NA (105 PS, 136 Nm).

Berita lanjut akan kami siarkan selepas ia dilancarkan di Vietnam.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Toyota Avanza Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda