window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

VinFast Fadil - 'Axia Vietnam' ini jadi kereta terlaris selama 5 bulan berturut-turut!

Haris ยท Oct 14, 2021 08:00 PM

VinFast Fadil - 'Axia Vietnam' ini jadi kereta terlaris selama 5 bulan berturut-turut! 01

Vietnam kini berada di tengah gelombang jangkitan dan kematian akibat Covid-19 yang ke-4 dan paling kritikal, di mana kebanyakan kilang automotif terpaksa ditutup sementara. Selain itu, lebih daripada 200 pengedar anggota VAMA (Vietnam Automobile Manufacturers' Association) dan lebih daripada 200 bengkel servis tetap ditutup.

VinFast Fadil - 'Axia Vietnam' ini jadi kereta terlaris selama 5 bulan berturut-turut! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Akibatnya, penjualan kenderaan di Vietnam turun 50% dari tahun ke tahun (YTD) kepada 13,537 unit pada bulan September kerana masalah tersebut.

Menurut Vietnam Automobile Manufacturers Association (VAMA) lagi, ini adalah angka terendah bulanan kedua tahun ini di selepas jualan bulan Ogos yang hanya mencatatkan 8,884 unit terjual.

VinFast Fadil - 'Axia Vietnam' ini jadi kereta terlaris selama 5 bulan berturut-turut! 01

Di tengah kegawatan tersebut, satu model mencatatkan penjualan yang agak luar biasa. Model keluaran tempatan Vietnam, VinFast Fadil mencapai jualan sebanyak 2,565 unit pada bulan September, meningkat 25.2% berbanding bulan Ogos (dengan 2,048 unit).

Baca: Hyundai 'tapau sales' Toyota di Vietnam, laku kaw-kaw sepanjang bulan Januari-Mei 2021!

VinFast Fadil - 'Axia Vietnam' ini jadi kereta terlaris selama 5 bulan berturut-turut! 02

Dengan penjualan yang memberangsangkan ini, VinFast Fadil terus menjadi kereta terlaris di Vietnam justeru menjadikan ini bulan ke-5 berturut-turut model ini berada di kedudukan pertama dalam kedudukan 10 teratas.

Nampaknya, kebanyakan pembeli di Vietnam kini melihat kepada sebuah pembelian yang berbaloi dengan harganya di saat-saat sukar seperti sekarang. Atau mungkin menukar kenderaan sedia ada kepada sebuah kenderaan yang lebih jimat atau murah.

VinFast Fadil - 'Axia Vietnam' ini jadi kereta terlaris selama 5 bulan berturut-turut! 03

VinFast Fadil hadir standard dengan enjin empat silinder 1.4 liter aspirasi semulajadi yang menghasilkan 98 PS kuasa kuda dan 128 Nm tork. Daya kemudian dihantar ke roda depan melalui transmisi automatik CVT. Ciri-ciri standard pada VinFast Fadil merangkumi 6 beg udara, ABS dengan EBD, kawalan daya cengkaman dan kestabilan, dan juga bantuan mula daki.

VinFast Fadil - 'Axia Vietnam' ini jadi kereta terlaris selama 5 bulan berturut-turut! 04

Harga bagi hatchback segmen A ini bermula dari VND 395 juta (RM 72,360), dilihat sebagai suatu harga yang kompetitif jika dibandingkan dengan model seperti Hyundai i10, VND 442 juta (RM 80,995) atau Kia Morning (Picanto) VND 363 juta (RM 66,518). Adakah rakyat Vietnam suka sokong produk buatan tempatan?

Baca: Toyota Vios mendominasi namun jualan Hyundai Accent kalahkan Honda City di Vietnam (sehingga Ogos 2021)!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda