window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

VIP, ahli perniagaan sewa kereta mewah lengkap ‘bodyguard’ - laku bak pisang goreng panas!

Mersita · Nov 14, 2021 02:00 PM

VIP, ahli perniagaan sewa kereta mewah lengkap ‘bodyguard’ - laku bak pisang goreng panas! 01

“Gaya. Mutu. Keunggulan,” bak kata iklan rokok Dunhill suatu ketika dahulu cukup sesuai untuk menggambarkan simbol status barangan mewah yang dikejar orang ramai masa kini. Sama seperti mengeluarkan sekotak rokok Dunhill di meja makan semasa lepak di kedai mamak, aura melangkah keluar dari kereta mewah sambil dibuka pintu oleh pengawal peribadi cukup berkesan untuk menaikkan pengaruh dan menarik perhatian.

VIP, ahli perniagaan sewa kereta mewah lengkap ‘bodyguard’ - laku bak pisang goreng panas! 02

Kemahuan inilah yang memacu perniagaan kereta sewa mewah seperti yang ditawarkan oleh pengusaha seperti AHMJ Luxury Car Rental KL. Pengarah syarikat itu, Azamli Junuh, baru-baru ini mendedahkan kepada akhbar Kosmo! bahawa pakej sewa kereta mewah berserta pengawal peribadi berlesen yang ditawarkan syarikatnya ternyata menjadi pilihan golongan VIP dan ahli perniagaan ketika ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut ahli perniagaan berusia 36 tahun itu, kadar sewa bagi pakej ini bermula dari RM 800 hingga RM 1,800 – bergantung pada kenis kenderaan bagi tempoh masa 3 jam sahaja.

Menurut tinjauan kami, Azam ada membuka tempahan untuk kereta mewah seperti Lamborghini Huracan dan Ferarri 488 untuk sewaan harian pelanggan. Kereta lain seperti Mercedes-Benz GLC 200, Hyundai Starex, Honda City, CR-V, dan macam-macam lagi.

VIP, ahli perniagaan sewa kereta mewah lengkap ‘bodyguard’ - laku bak pisang goreng panas! 01

Azam juga memberitahu akhbar itu golongan peniaga biasanya mengambil pakej sewa berkenaan untuk membuat ‘content’ media sosial bagi menunjukkan kemewahan dan kejayaan mereka dalam dunia perniagaan.

Tambahan pula, sejak rentas negeri dibenarkan baru-baru ini, kenderaan sewa dalam simpanannya habis disewa pelanggan. Dia kadangkala terpaksa memajak kenderaan dari syarikat lain semata-mata untuk memenuhi permintaan pelanggan.

VIP, ahli perniagaan sewa kereta mewah lengkap ‘bodyguard’ - laku bak pisang goreng panas! 02

Lebih menghairankan, pilihan pelanggan sejak kebelakangan ini rata-rata adalah untuk kereta mewah dan bukannya kereta sewa biasa seperti Perodua Myvi dan lain-lain. Namun, Azam bersyukur industri ini kembali bernyawa setelah kelonggaran demi kelonggaran diumumkan oleh kerajaan sejak pandemik COVID-19 melanda negara.

Kredit: FB Azamli Junuh

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda