window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Viral lagi: Foto, video orang beratur panjang di stesen LRT bukti masalah tren masih tak 'settle'!

Mersita · Sep 13, 2022 06:30 PM

Viral lagi: Foto, video orang beratur panjang di stesen LRT bukti masalah tren masih tak 'settle'! 01

Warga Lembah Klang ‘triggered’ sekali lagi dan meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial masing-masing setelah menyaksikan keadaan terkini di stesen-stesen transit aliran ringan (LRT) yang semakin sesak.

Sudah masuk hari kedua, pengguna LRT yang bergantung kepada pengangkutan awam masih bergelut dengan masa menunggu terlalu lama di beberapa platform tumpuan dan mempersoalkan pengurusan operasi tren Rapid KL.

 

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Beberapa foto menunjukkan barisan panjang dari platform sehingga ke pintu gerbang stesen mula tular di Twitter pada Isnin. Menurut kapsyen pengguna yang berkongsi foto tersebut, kejadian ini berlaku di Stesen LRT Pasar Seni melibatkan Laluan Kelana Jaya (KJ).

Salah satu foto turut menunjukkan pegawai polis bantuan menghalang orang ramai daripada menaiki platform tren bagi mengurangkan kesesakan.

Juga baca: Pengguna dakwa LRT mula sesak, tugas penyelenggaraan Tahap 4 tiada notis berjadual?

Situasi serupa turut dialami pengguna pengangkutan awam di Stesen Masjid Jamek yang berdepan kesesakan melampau.

Situasi ini mengundang rasa tidak puas hati dan kecewa di kalangan orang ramai, dan akaun media sosial Rapid KL menerima kritikan bertubi-tubi atas kelewatan tren dengan kekerapan antara 7 – 10 minit pada waktu puncak berbanding yang sepatutnya iaitu kurang daripada 5 minit.

Juga baca: Janji lebih banyak penyelenggaraan fasiliti stesen LRT untuk mudahkan rakyat - Wee

Salah seorang pengguna Twitter juga menggesa pihak Rapid KL supaya memberi rebat kepada pengguna atas kesulitan yang dihadapi, memandangkan ramai terkesan dengan masa perjalanan lebih panjang sehingga menyebabkan mereka lambat tiba ke pejabat.

Isu stesen tren sesak ini timbul beberapa hari selepas salah sebuah tren terhenti di stesen KL Sentral, dipercayai berdepan isu teknikal, dimana penumpang diarahkan untuk keluar dari tren setelah kepulan asap dilihat keluar dari tren tersebut.

Satu lagi insiden mengecewakan turut terjadi beberapa minggu lalu apabila tren di Laluan KJ berdepan kerosakan sehingga penumpang terpaksa keluar dan berjalan kaki ke stesen seterusnya.

Melihat kepada situasi kerosakan tren Rapid KL yang semakin meruncing sejak kebelakangan ini, ramai yang tertanya-tanya; apakah langkah mitigasi yang patut dilaksanakan oleh pihak Prasarana sementara menunggu tren baharu yang dikatakan akan tiba pada tahun hadapan?

Juga baca: 27 koc LRT baharu disahkan untuk laluan Kelana Jaya... tapi tunggu Julai 2023 baru dapat!

Jalan sesak, ruang parkir dikorbankan, tapi rakyat disalahkan tak naik LRT/MRT? Salah siapa?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda