window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Volkswagen Arteon 2021 facelift dilancarkan di Jepun – 272 PS/350 Nm, audio Harman Kardon

Mersita · Jul 13, 2021 08:00 PM

Volkswagen Arteon 2021 facelift dilancarkan di Jepun – 272 PS/350 Nm, audio Harman Kardon 01

Volkswagen Group Japan (VGJ) telah melancarkan model flagship Volkswagen Arteon 2021 facelift, hari ini berserta model Volkswagen Arteon Shooting Brake terbaru.

Model sedan ‘fastback’ itu dijual dengan harga bermula dari JPY 5,679,000 (~RM 215,696) hingga JPY 6,246,000 (~RM 237,231). Manakala model Shooting Brake bermula dari JPY 5,879,000 (~RM 223,292) hingga JPY 6,446,000 (~RM 244,827).

Volkswagen Arteon 2021 facelift dilancarkan di Jepun – 272 PS/350 Nm, audio Harman Kardon 02

Arteon Shooting Brake berwarna merah

Bagi kedua-dua penggayaan badan ini, tiga jenis varian ditawarkan iaitu TSI 4Motion R-Line, TSI 4Motion R-Line Advance, dan TSI 4Motion Elegance.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Volkswagen Arteon 2021 facelift dilancarkan di Jepun – 272 PS/350 Nm, audio Harman Kardon 01

Volkswagen Arteon 2021 facelift dilancarkan di Jepun – 272 PS/350 Nm, audio Harman Kardon 02

Arteon (atas) dan Arteon Shooting Brake (bawah)

Padan dengan namanya, Arteon Shooting Brake ialah model versi wagon dengan penggayaan ‘hatch’ lebih membulat di bahagian belakang. Ini ialah kali pertama model ini diperkenalkan di Jepun.

Volkswagen Arteon 2021 facelift dilancarkan di Jepun – 272 PS/350 Nm, audio Harman Kardon 03

Volkswagen Arteon 2021 facelift dilancarkan di Jepun – 272 PS/350 Nm, audio Harman Kardon 04

The Arteon Shooting Brake mempunyai kapasiti ruang but lebih luas, dari 563 liter hingga maksima 1,632 liter

Lebih kurang sama model yang akan tiba di Malaysia pada Jumaat nanti, Arteon facelift spesifikasi Jepun ini menampilkan rekaan baru pada bahagian hadapan dan belakang kereta. Bampar hadapan direka semula berserta jejaring baru dan lampu LED berintegrasi.

Volkswagen Arteon 2021 facelift dilancarkan di Jepun – 272 PS/350 Nm, audio Harman Kardon 05

Volkswagen Arteon 2021 facelift dilancarkan di Jepun – 272 PS/350 Nm, audio Harman Kardon 06

Volkswagen Arteon 2021 facelift dilancarkan di Jepun – 272 PS/350 Nm, audio Harman Kardon 07

Arteon facelift ini juga menampilkan rekaan lampu brek baru berserta corong ekzos berbentuk trapezoid yang direka semula.

Volkswagen Arteon 2021 facelift dilancarkan di Jepun – 272 PS/350 Nm, audio Harman Kardon 08

Volkswagen Arteon 2021 facelift dilancarkan di Jepun – 272 PS/350 Nm, audio Harman Kardon 09

Volkswagen Arteon 2021 facelift dilancarkan di Jepun – 272 PS/350 Nm, audio Harman Kardon 10

Ruang but di dalam Arteon biasa berkapasiti 563 liter hingga maksima 1,557 liter

Arteon facelift ini juga menampilkan rekaan ‘dashboard’ baru yang diperkemaskan untuk ruang dalaman lebih moden. Bergantung kepada varian yang dipilih, pembeli akan menerima panel dengan kemasan samada kayu (Elegance) atau aluminium (R-Line) pada separuh bahagian bawah ‘dashboard’.

Sarung kerusinya juga diperbaharui dengan kemasan kulit Nappa.

Volkswagen Arteon 2021 facelift dilancarkan di Jepun – 272 PS/350 Nm, audio Harman Kardon 11

Volkswagen Arteon 2021 facelift dilancarkan di Jepun – 272 PS/350 Nm, audio Harman Kardon 12

Volkswagen Arteon 2021 facelift dilancarkan di Jepun – 272 PS/350 Nm, audio Harman Kardon 13

Selain dari itu, pencahayaan ambien 30-warna serta kluster instrument digital bersaiz 10.25 inci dipanggil Digital Cockpit Pro didatangkan standard bagi semua varian.

Ruang kabin lebih mewah dengan tambahan pilihan 11 ‘speaker’ bertetapan bunyi ‘surround’ Harman Kardon 700 Watt.

Volkswagen Arteon 2021 facelift dilancarkan di Jepun – 272 PS/350 Nm, audio Harman Kardon 14

Volkswagen Arteon 2021 facelift dilancarkan di Jepun – 272 PS/350 Nm, audio Harman Kardon 15

Volkswagen Arteon 2021 facelift dilancarkan di Jepun – 272 PS/350 Nm, audio Harman Kardon 16

Sistem bantuan pemanduan (ADAS) juga dilengkapi dengan ‘Travel Assist’ sebagai standard. Kelengkapan istimewa ini menggabungkan fungsi ‘adaptive cruise control’ (ACC) dan ‘lane keep assist’ (LKA) bagi memberi kawalan pemacuan, brek, dan stereng kepada pemandu.

Volkswagen Arteon 2021 facelift dilancarkan di Jepun – 272 PS/350 Nm, audio Harman Kardon 17

Volkswagen Arteon 2021 facelift dilancarkan di Jepun – 272 PS/350 Nm, audio Harman Kardon 18

Arteon facelift ini dikuasakan dengan enjin 4 silinder berpengecas turbo (TSI) berkapasiti 2.0 liter dengan janaan kuasa maksima 272 PS dan 350 Nm. Ia dipadankan dengan kotak gear automatik dwi-klac 7 kelajuan berserta sistem 4Motion iaitu 4WD sepenuh masa.

Volkswagen Arteon 2021 facelift dilancarkan di Jepun – 272 PS/350 Nm, audio Harman Kardon 19

Janaan kuasa ini 8 PS lebih rendah berbanding model spesifikasi Malaysia memandangkan kereta spesifikasi Jepun perlu mematuhi undang-undang pelepasan karbon yang ketat.

Volkswagen Arteon 2021 facelift dilancarkan di Jepun – 272 PS/350 Nm, audio Harman Kardon 20

Sama seperti model terdahulu, Dynamic Chassis Control (DCC) kekal ada

Tujuh kemasan warna boleh didapati, termasuklah King's Red Metallic baru, Kingfisher Blue Metallic, dan Lapiz Blue Metallic.

Volkswagen Arteon 2021 facelift dilancarkan di Jepun – 272 PS/350 Nm, audio Harman Kardon 21

Volkswagen Arteon 2021 facelift dilancarkan di Jepun – 272 PS/350 Nm, audio Harman Kardon 22

Di pasaran kita, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) akan memperkenalkan Volkswagen Arteon R-Line 4 Motion 2021 facelift secara rasminya pada Jumaat ini, 16 Julai 2021 bermula jam 12.30 pm di laman Facebook mereka.

Arteon baru ini dijangka untuk dijual pada harga bermula dari RM 245,000 to RM 255,000 di sini.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Volkswagen Arteon R-Line 4 Motion

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda