Volkswagen Beetle bakal kembali sebagai kereta elektrik?

Haris · 2020-07-24 10:30:00

Volkswagen Beetle

Volkswagen Beetle adalah sebuah kereta yang ikonik. Tidak hairanlah jika kereta ini pernah dinobatkan sebagai Antara Kereta Paling Berpengaruh Seabad. Pengaruh Volkswagen Beetle memang kuat, lagi lagi dipopularkan oleh gaya kehidupan hippie. Di Malaysia, ‘The Bug’ ini masih menjadi buruan peminat-peminat kereta klasik.

Gambar fail: AFP

Namun begitu, Volkswagen telah mengumumkan bahawa mereka telah menamatkan pengeluaran Volkswagen Beetle pada tahun 2019. Ini suatu pengumuman yang mengejutkan selepas penjualan sebanyak 22.5 juta unit VW Beetle di seluruh dunia.

Gambar fail Volkswagen Malaysia

Penamatan khidmat Volkswagen Beetle adalah untuk memberi laluan kepada model-model yang lebih terkini seperti model crossover dan hatchback yang memberikan lebih keuntungan. Misalnya, Volkswagen Tiguan yang merupakan SUV paling banyak laris di Eropah.

Pihak pengurusan Volkswagen pula pernah menyatakan hasrat mereka untuk tidak mengikut trend semasa dengan penghasilan kereta elektrik tetapi lain pula jadinya. Khabar angin terbaru menyatakan sebaliknya.

Kredit gambar: Wikipedia

Seorang pengguna forum VWIDTalk telah menemui beberapa tanda nama dagangan yang didaftarkan oleh Volkswagen. Tanda nama dagangan yang didaftarkan adalah e-Beetle, e-Samba, e-Karmann dan e-Kubel.

Volkswagen Karmann Ghia

Kesemua tanda nama ini adalah nama-nama model Volkswagen yang terdahulu. Oleh itu, adakah ini suatu petanda bahawa Volkswagen akan menghidupkan semula Volkswagen Beetle dalam bentuk kereta elektrik?

Lagipun, memang banyak pengeluar yang menggunakan strategi yang sama. Kereta elektrik lebih mudah dihasilkan dalam model-model kereta lama kerana kereta zaman dahulu lebih kecil berbanding sekarang. Oleh itu, tidak susah untuk mengubah kereta-kereta lama menjadi kereta elektrik.

Eropah mempunyai struktur pengiraan cukai yang berdasarkan jumlah pelepasan karbon sesebuah kenderaan. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya pengeluar-pengeluar kereta menuju ke arah pengeluaran kereta elektrik. Dalam memacu arus modenisasi, nampaknya Volkswagen Beetle bakal kembali.

Haris

Haris Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

Proton
Perodua
Honda
Toyota
Nissan
Mazda
Mercedes-Benz
BMW
Volvo
Ford
Hyundai
Kia