window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Volkswagen Golf GTI dikemaskini dengan IQ. Drive - dari RM 245k, VW pertama dengan ADAS!

Haris · Mar 27, 2023 04:00 PM

Volkswagen Golf GTI dikemaskini dengan IQ. Drive - dari RM 245k, VW pertama dengan ADAS! 01

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini memperkenalkan Golf GTI yang telah dikemas kini dan dilengkapi IQ.Drive, satu Sistem Bantuan Pemandu (ADAS) inovatif.

Bahagian luaran juga menerima naik taraf dengan ciri-ciri baharu seperti pengecasan tanpa wayar, serta sulaman logo GTI pada tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan. Volkswagen Golf GTI baharu kini hadir dengan harga cadangan bermula RM244,990.

Volkswagen Golf GTI dikemaskini dengan IQ. Drive - dari RM 245k, VW pertama dengan ADAS! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sistem IQ. Drive direka untuk membantu pemandu menjadikan perjalanan mereka lebih selamat dan selesa. Antara ciri-ciri keselamatan termaju termasuklah Travel Assist dan Adaptive Cruise Control (ACC) yang menggunakan radar serta pelbagai alat pengesan untuk mengesan kenderaan di hadapan.

Volkswagen Golf GTI dikemaskini dengan IQ. Drive - dari RM 245k, VW pertama dengan ADAS! 01

Tidak ketinggalan ciri Side Assist yang berfungsi sebagai pemantau titik buta dan Rear Cross Traffic Alert yang memberi amaran kepada pemandu tentang potensi bahaya apabila gear undur diaktifkan.

Volkswagen Golf GTI juga hadir dengan Front Assist yang merupakan ciri Autonomous Emergency Braking (AEB). Ia menggunakan satu unit sensor radar yang diintegrasikan pada bahagian hadapan kenderaan untuk sentiasa memantau jarak kereta di hadapan.

Volkswagen Golf GTI dikemaskini dengan IQ. Drive - dari RM 245k, VW pertama dengan ADAS! 02

Selain mengesan kenderaan, versi terbaharu ciri Front Assist turut mengenal pasti kehadiran pejalan kaki dan penunggang basikal yang melintas jalan. Fungsi Lane Assist pula memastikan pemandu sentiasa berada dalam laluan yang betul dengan menggunakan ciri bantuan pengekalan lorong berasaskan kepada kamera.

Volkswagen Golf GTI dikemaskini dengan IQ. Drive - dari RM 245k, VW pertama dengan ADAS! 03

Sekiranya kenderaan bergerak ke lorong lain ketika lampu isyarat membelok digunakan oleh pemandu, sistem ini akan berfungsi secara automatik dengan menarik semula stereng kembali ke lorong yang betul.

Bukan itu sahaja, terdapat juga fungsi Adaptive Lane Guidance yang memastikan kenderaan sentiasa berada di tengah-tengah lorong setelah sistem belajar daripada corak pemanduan pemandu.

Volkswagen Golf GTI dikemaskini dengan IQ. Drive - dari RM 245k, VW pertama dengan ADAS! 04

Cukup dikenali sebagai sebuah hot hatchback sebenar, Volkswagen Golf GTI kini dilengkapi pelbagai ciri baharu pada bahagian dalaman dan luaran. Antaranya termasuklah lampu kabus, cermin sisi boleh laras bersama ciri pemanas dan penambahan sehingga tujuh beg udara.

Volkswagen Golf GTI dikemaskini dengan IQ. Drive - dari RM 245k, VW pertama dengan ADAS! 05

Volkswagen Golf GTI mengutamakan keterujaan dalam setiap pemanduan yang ditawarkan oleh enjin turbo berkuasa 245 PS dan tork 370 Nm. Ia menjanjikan pengalaman pemanduan mengujakan dan sukar dilupakan bersama penambahan beberapa ciri keselamatan untuk pemandu.

Volkswagen Golf GTI dikemaskini dengan IQ. Drive - dari RM 245k, VW pertama dengan ADAS! 06

Jualan VW Golf Mk8 1.4 TSI R-Line di Malaysia sudah dihentikan

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter memberitahu syarikat komited untuk meningkatkan tahap keselamatan kenderaan menerusi kemajuan dari segi rekaan dan teknologi seperti sistem IQ. Drive.

“Kami sentiasa berusaha untuk menawarkan pengalaman pemilik terbaik kepada para pelanggan. Ciri keselamatan baharu pada Golf GTI terkini merupakan satu lagi bukti komitmen kami untuk menawarkan tahap keselamatan serta prestasi kepada para pemilik.”

Tempahan dan sesi pandu uji boleh dibuat di semua pengedar sah Volkswagen di seluruh negara.

Baca: Jualan VW Golf Mk8 1.4 TSI R-Line di Malaysia dihentikan, hanya 1 tahun dalam pasaran

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Volkswagen Golf GTI

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda