window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Volkswagen Golf Mk8 – Bila nak sampai Malaysia dan patutkah anda tunggu?

Mersita · Jun 29, 2020 12:14 PM

Volkswagen Golf Mk8 – Bila nak sampai Malaysia dan patutkah anda tunggu? 01

Volkswagen Golf (Mk8) generasi kelapan telah diperkenalkan secara global hujung tahun lepas tetapi sebelum pasaran diluar Eropah boleh membelinya, COVID-19 terjadi dan rancangan pelancarannya terjejas. Ini yang kami tahu tentang Golf Mk8 setakat ini.

1. Bila nak sampai Malaysia?

Di Eropah dimana pemanduannya sebelah kiri, Golf Mk8 mula dijual pada bulan Disember tahun lepas manakala bagi pasaran UK yang pemanduan sebelah kanan pula, jualannya bermula pada bulan Februari - betul-betul sebelum dunia terhenti seketika disebabkan pandemik yang melanda.

Volkswagen Golf Mk8 – Bila nak sampai Malaysia dan patutkah anda tunggu? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumumkan yang Volkswagen Golf Mk8 barangkali tidak akan sampai di Malaysia dalam tahun ini, ditambah pula dengan rancangan yang tertunda disebabkan PKP dan PKPP. Oleh itu, kami jangkakan yang debut lokalnya akan dijalankan dalam tahun 2021.

2. Apa yang baru dalam Golf Mk8?

Volkswagen Golf Mk8 – Bila nak sampai Malaysia dan patutkah anda tunggu? 01

Selain daripada bahagian luar dan dalam yang direka-semula sepenuhnya, ada beberapa teknologi baru yang ditawarkan. Sebagai permulaan, ia didatangkan dengan Travel Assist iaitu kombinasi antara adaptive cruise control dan lane keeping assist yang hampir-hampir boleh memandu dengan sendirinya pada kelajuan 210 km/jam.

Tambahan pula, ia juga didatangkan dengan ciri Car2X yang boleh berkomunikasi dengan kereta dan infrastruktur disekelilingnya dalam lingkungan radius 800 meter. Ia juga ada sistem hibrid sederhana 48V, eTSI, untuk menambahbaik penggunaan bahan api serta meningkatkan prestasi.

3. Dari segi prestasi, apakah powertrain yang diberi pada Golf Mk8?

Volkswagen Golf Mk8 – Bila nak sampai Malaysia dan patutkah anda tunggu? 02

Ada varian hibrid, hibrid sederhana, petrol dan diesel, tetapi yang paling relevan bagi pasaran kita ialah enjin TSI 1.5 liter yang menjana 150 PS dan tork 250 Nm.

Di Eropah, enjinnya hanya dipadankan dengan transmisi manual 6 kelajuan pada pelancarannya. Transmisi dwi-klac (DSG) hanya boleh didapati dengan enjin hibrid sederhana eTSI, membuatkan janaan kuasanya sama dengan versi TSI.

Volkswagen Golf Mk8 – Bila nak sampai Malaysia dan patutkah anda tunggu? 03

Selain itu, enjin TSI 1.5 liter telah diperkenalkan di dalam facelift Golf Mk7.5 sebelum ini, tetapi varian kita dipadatkan dengan enjin TSI 1.4 liter. Oleh itu, buat masa sekarang, jenis powertrain yang akan kita dapat belum ditentukan lagi.

Versi GTI yang lebih popular pula dipadatkan dengan enjin turbocharged 2.0 liter dengan 4 silinder, menjana 245 PS/370 Nm dan ia barangkali akan dipadankan dengan DSG apabila ia tiba di Malaysia.

Volkswagen Golf Mk8 – Bila nak sampai Malaysia dan patutkah anda tunggu? 04

4. Adakah enjin TSI 1.5 liter cukup efisien?

Ya. Volkswagen mengaku yang ia akan menggunakan 4.9 liter petrol/100 km dalam kitaran tergabung. Jika dibandingkan, unit TSI 1.4 liter dapat mencapai 5.2 liter/100 km. Sebagai rujukan, Perodua Myvi 1.5L dikatakan mempunyai kadar penggunaan petrol 5.0 liter/100 km.

Volkswagen Golf Mk8 – Bila nak sampai Malaysia dan patutkah anda tunggu? 05

5. Adakah Golf Mk8 akan lebih mahal daripada Mk7?

Memandangkan hanya tahap aksesori telah dinaiktaraf, agak sukar untuk kita membuat perbandingan antara dua benda yang sama. Golf Mk7.5 1.5 TSI Comfortline dijual dengan harga €24,350 pada tahun 2017 manakala Golf Mk8 1.5 TSI Life pula dijual pada harga €27,510.

Volkswagen Golf Mk8 – Bila nak sampai Malaysia dan patutkah anda tunggu? 06

Firasat kami mengatakan akan ada peningkatan dalam harga, tetapi tahap peningkatannya masih menjadi tanda tanya. Jika dilihat semula, Golf Mk7.5 1.4 TSI yang terkini dan diimpot dijual pada harga RM 174,110.

6. Adakah Golf Mk8 lebih besar berbanding dahulu?

Perbezaannya sangat sedikit. Ia berukuran 4,284 mm panjang (+26 mm), 1,789 mm lebar, (-10 mm), dan 1,456 mm tinggi (-36 mm). Wheelbasenya pula hanya 1mm lebih pendek iaitu 2,636 mm.

Volkswagen Golf Mk8 – Bila nak sampai Malaysia dan patutkah anda tunggu? 07

7. Ada apa-apa yang menarik di ruang dalamannya?

Ia didatangkan dengan persediaan dwi-skrin bersama paparan kokpit digital 10.25 inci berserta paparan skrin-sentuh pilihan bersaiz 10 inci.

Kebanyakan punat dan butang fungsinya kini telah sensitif terhadap sentuhan, dimana ia mungkin tidak akan digemari ramai. Ia juga dipadatkan dengan paparan pilihan atas kepala.

Volkswagen Golf Mk8 – Bila nak sampai Malaysia dan patutkah anda tunggu? 08

8. Ada apa lagi yang perlu saya tahu tentang Golf Mk8?

Video dari MtlCarGarage menunjukkan ada beberapa langkah-langkah pengurangan kos yang dibuat pada Golf Mk8 berbanding Mk7.5.

Antaranya adalah sokongan hidraulik pada bonet telah dikeluarkan, petak sarung tangannya tidak dilapik dengan felt, serta cermin pandang belakangnya yang telah ditambah bingkai.

9. Dah tu, nak tunggu ke tak ni?

Jika anda suka akan rupanya di dalam dan luar serta teknologi barunya, oleh itu jawapannya ialah “ya, silakan.” Tetapi, jika anda tak berapa gemar dengan perkara-perkara yang dijelaskan dalam video diatas dan anda lebih suka dengan rupa paras Golf Mk7.5 yang sekarang, mungkin lebih baik untuk anda dapatkan Mk7.5 yang baru selagi boleh.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Volkswagen Golf 1.4 TSI R-Line

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda