window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Volkswagen Golf Mk8 selangkah ke Malaysia selepas lancar di pasaran RHD Australia!

Haris · Jul 2, 2021 03:00 PM

Volkswagen Golf Mk8 selangkah ke Malaysia selepas lancar di pasaran RHD Australia! 01

Volkswagen Golf Mk8 kini telah tiba di Australia. Ketika pelancaran, hot hatch ini ditawarkan dalam 7 varian yang merangkumi 2 model wagon dan varian prestasi GTI.

Tidak cukup dengan itu, varian VW Golf Mk8 dijangka akan dikembangkan kepada 8 atau 9 varian apabila model Golf R turut menyertai barisan model Volkswagen Golf.

Volkswagen Golf Mk8 selangkah ke Malaysia selepas lancar di pasaran RHD Australia! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Volkswagen Group Australia (VGA) mengumumkan bahawa kelebihan model Golf generasi baharu adalah kelengkapan standard dari suite IQ.Drive, sistem bantuan pemandu (ADAS) yang merangkumi:

  • Bantuan Kembara
  • Bantuan Hadapan dengan pemantau pejalan kaki dan penunggang
  • Kawalan Pelayaran Adaptif
  • Bantuan Lorong
  • Pengawasan Pemandu Lelah
  • Amaran Trafik Belakang

Volkswagen Golf Mk8 selangkah ke Malaysia selepas lancar di pasaran RHD Australia! 01

Selain daripada varian GTI paling atas, VW Golf Mk8 pasaran Australia dikuasakan oleh enjin 4-silinder 1.4 liter bercaj turbo yang mampu mengeluarkan output kuasa sebanyak 150 PS dan 250 Nm.

Bergantung pada varian, pilihan transmisi tertakluk kepada manual 6-kelajuan atau automatik 8-kelajuan.

Volkswagen Golf Mk8 selangkah ke Malaysia selepas lancar di pasaran RHD Australia! 02

Untuk model VW Golf GTI pula, pilihan khusus tampil dengan enjin 4-silinder 2.0 liter bercaj turbo (245 PS, 370 Nm) yang dipasangkan dengan transmisi dwi-klac (DCT) 7-kelajuan.

Volkswagen Golf Mk8 selangkah ke Malaysia selepas lancar di pasaran RHD Australia! 03

Harga bagi Volkswagen Golf Mk8 pasaran Australia bermula dari AUD 29,350 (RM 91,230) hingga AUD 53,100 (RM 165,053).

Volkswagen Golf Mk8 selangkah ke Malaysia selepas lancar di pasaran RHD Australia! 04

Kebanyakan pasaran pemanduan kanan (RHD) untuk VW Golf Mk8 telah ditangguhkan kerana masalah perisian dalam sistem infotainment. Masalah ini menangguhkan pelancaran model RHD tetapi perlahan-lahan ia diatasi dan mula memasuki pasaran masing-masing.

Volkswagen Golf Mk8 selangkah ke Malaysia selepas lancar di pasaran RHD Australia! 05

Selepas pelancaran di pasaran UK, negara-negara RHD lain seperti Jepun, Australia dan Singapura pula turut melancarkan Golf Mk8 secara rasmi. Oleh itu, tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa Malaysia berada dalam senarai seterusnya.

Volkswagen Golf Mk8 selangkah ke Malaysia selepas lancar di pasaran RHD Australia! 06

Maklumat awal yang diterima untuk Malaysia adalah VW Golf GTI Mk8 akan dipasang secara tempatan (CKD) di kilang pemasangan Volkswagen di Pekan, Pahang.

Perancangan awal untuk pelancaran VW Golf Mk8 di Malaysia adalah pada suku kedua tahun 2021. Walaubagaimanapun, perancangan tersebut nampaknya ditunda disebabkan oleh pandemik yang tidak berkesudahan.

Bacaan Lanjut:

Bermula pada RM 390,000, Volkswagen Golf Mk8 sah dilancarkan di Singapura!

VW Golf Mk8 bakal dilancarkan pada negara pandu kanan - Malaysia suku ke-2 2021!

VW Golf GTI Mk8 2021 CKD – harga dengan pengecualian cukai SST tidak mustahil?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Volkswagen Golf 1.4 TSI R-Line

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda