window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Volkswagen Golf R 2022 Mk8 dilancarkan. Enjin 2.0, 320 PS, 420 Nm, maksimum 250 km/j

Haris · Nov 4, 2020 01:00 PM

Volkswagen Golf R 2022 Mk8 dilancarkan. Enjin 2.0, 320 PS, 420 Nm, maksimum 250 km/j 01

Volkswagen telah menggugurkan Volkswagen Golf standard untuk pasaran US namun tidak untuk varian prestasi. Buktinya adalah Volkswagen Golf R 2022 baru sahaja dilancarkan sebagai VW Golf R paling berkuasa pernah dikeluarkan.

Volkswagen Golf R 2022 Mk8 dilancarkan. Enjin 2.0, 320 PS, 420 Nm, maksimum 250 km/j 01

Sebagai sebuah model berprestasi tinggi, VW Golf R 2022 hadir dengan talaan dan teknologi terbaru. Antara ciri terbaru adalah sistem 4Motion AWD tork vektor yang mampu mengagihkan berat kereta pada gandar depan atau belakang secara sekata untuk memudahkan kereta mengambil selekoh dengan lebih yakin dan bergaya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Volkswagen Golf R 2022 Mk8 dilancarkan. Enjin 2.0, 320 PS, 420 Nm, maksimum 250 km/j 01

Sebagai sebuah Golf R paling berkuasa, hothatch ini dikuasakan oleh enjin 4 silinder 2.0 liter berkuasa Turbo dengan padanan transmisi manual 6 kelajuan dan didatangkan dengan transmisi DSG 7 kelajuan sebagai pilihan. Enjin tersebut mampu menjana sehingga 320 PS kuasa kuda, 420 Nm tork dengan kelajuan maksimum mencapai 250 km/j.

Volkswagen Golf R 2022 Mk8 dilancarkan. Enjin 2.0, 320 PS, 420 Nm, maksimum 250 km/j 02

Talaan yang lebih keras diberikan pada sistem suspensi. Menggunakan sistem suspensi jenis strut pada bahagian depan dan multi-link pada bahagian belakang memberikan jarak kelegaan tanah 20 mm lebih rendah berbanding versi sebelumnya. VW mendakwa talaan ini memberikan sistem suspensi yang lebih keras sebanyak 10% berbanding sebelum ini.

Volkswagen Golf R 2022 Mk8 dilancarkan. Enjin 2.0, 320 PS, 420 Nm, maksimum 250 km/j 03

Rekaan luar VW Golf R 2022 ini menyerlahkan lagi ciri-ciri hothatch berprestasi tinggi. Bumper depan berwarna hitam dengan splitter angin yang direka semula tampak hebat dengan lencana R-Line di sekeliling. Melengkapi rupa Volkswagen Golf R 2022 ini adalah rim aluminium - aloi 19 inci dengan rekaan jejari kurus.

Volkswagen Golf R 2022 Mk8 dilancarkan. Enjin 2.0, 320 PS, 420 Nm, maksimum 250 km/j 04

Pada bahagian dalam pula, VW Golf R menggunakan kluster panel meter digital yang digelar kokpit digital dan sistem infotainment 10 inci. Kemasan kulit diberikan dengan aksesori ‘R’ pada tempat duduk, papan pemuka dan stereng. Logo R pada stereng memberikan akses kepada mod pemanduan Race, suatu sentuhan kecil yang cukup menarik.

Volkswagen Golf R 2022 Mk8 dilancarkan. Enjin 2.0, 320 PS, 420 Nm, maksimum 250 km/j 05

Spekulasi untuk kehadiran model VW Golf R terbaru ini masih terlalu awal untuk diperkatakan namun ura-ura kehadiran Volkswagen Golf GTI yang tular dipandu uji sekitar Malaysia tampak lebih realistik. Generasi Volkswagen Golf R yang ada di Malaysia sekarang dijual pada harga RM 305,562.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Volkswagen Golf R 2.0 TSI

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda