window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Volkswagen ID.4 akan diprebiu di VW Fest 2022, satu lagi EV bakal dilancar di Malaysia

Faisal · Oct 7, 2022 05:00 PM

Volkswagen ID.4 akan diprebiu di VW Fest 2022, satu lagi EV bakal dilancar di Malaysia 01

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) nampaknya akan mempamerkan EV Volkswagen ID.4 dalam acara VW Fest 2022 yang bakal berlangsung di Sentul Depot, KL pada 15 dan 16 Oktober depan.

Volkswagen ID.4 akan diprebiu di VW Fest 2022, satu lagi EV bakal dilancar di Malaysia 02

Bagi anda yang belum tahu, VW ID.4 adalah EV yang bersaiz Tiguan dan di Malaysia nanti, ia akan bersaing dengan Hyundai Ioniq 5. Secara global, ID.4 datang dengan pilihan bateri berkapasiti 52 kWj dan 77 kWj. Kami sendiri menjangkakan bahawa VPCM akan terus memperkenalkan versi 77 kWj.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Volkswagen ID.4 akan diprebiu di VW Fest 2022, satu lagi EV bakal dilancar di Malaysia 01

Dari segi teknikal, varian ini dalam kitaran WLTP boleh dipandu sejauh 522 km dan motor elektrik yang diletakkan di belakang menghembuskan kuasa sebanyak 204 PS dan 310 Nm tork. Sebagai kereta elektrik, ID.4 menyokong pengecasan AC sehingga 11 kW dan pengecasan pantas DC sehingga 125 kW.

Volkswagen ID.4 akan diprebiu di VW Fest 2022, satu lagi EV bakal dilancar di Malaysia 02

Di UK, VW ID.4 berharga lebih kurang sama dengan Arteon. Tetapi dengan pengecualian cukai import dan duti eksais buat EV CBU di Malaysia sekarang, ID.4 dijangka berharga dalam julat RM 200,000 ke RM 250,000.

Juga bacaKereta elektrik VW di Malaysia - VPCM hanya tunggu polisi EV dari kerajaan

Volkswagen ID.4 akan diprebiu di VW Fest 2022, satu lagi EV bakal dilancar di Malaysia 03

Dalam acara VW Fest 2022 nanti, pengunjung boleh menikmati persembahan secara langsung dan mereka juga boleh menguji pandu model-model Volkswagen. Menariknya, Volkswagen Driving Academy juga akan dibuat yang mana para junior berpeluang mendapat lesen memandu pertama mereka.

Juga bacaBos EV VW Group puji Indonesia atas pelan ekonomi jelas & kepelbagaian budaya, Malaysia tercabar?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Volkswagen ID.4

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia