window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Volkswagen memberikan tawaran hebat bersempena 11.11 esok!

Faisal Β· Nov 10, 2020 01:00 PM

Volkswagen memberikan tawaran hebat bersempena 11.11 esok! 01

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah melancarkan promosi jualan 11.11 untuk Passat Elegance dan Tiguan Allspace Highline.

Jualan secara dalam talian (online) ini akan dilakukan di lawan rasmi dan laman Facebook Volkswagen Malaysia. Pembeli yang berminat hanya perlu menekan ‘like’ pada salah satu model untuk mendapat rebat 11.11 yang eksklusif. Pembeli boleh mula menempah melalui eShowroom Volkswagen pada 11 November iaitu esok untuk menebus rebat tersebut.

Untuk maklumat anda, tempahan untuk Passat Elegance menawarkan penjimatan sebanyak RM 11,000 dimana RM 5,500 adalah untuk penjimatan dalam talian dan RM 5,500 yang berikutnya untuk pemberian insuran percuma selama 1 tahun.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Volkswagen memberikan tawaran hebat bersempena 11.11 esok! 01

Tempahan untuk Tiguan Allspace Highline pula menawarkan penjimatan sebanyak RM 4,749 dimana ia termasuk penjimatan dalam talian sebanyak RM 3,500 dan pakej aksesori percuma. Pada masa yang sama, 11 pembeli yang pertama pada 11 November akan menerima Lego Volkswagen Campervan yang bernilai RM 499 dan beberapa cenderamata Volkswagen yang lain.

Pemilik Volkswagen yang sedia ada juga tidak terkecuali dimana mereka yang membuat temu janji servis secara online pada 11 November akan menerima bungkusan cenderamata Volkswagen yang bernilai RM 160. Tawaran ini adalah untuk temu janji servis dan pembaikan kereta yang akan dilakukan pada tarikh 13 hingga 30 November 2020.

Perkhidmatan online untuk sebarang tempahan dan temu janji untuk promosi 11.11 boleh didapati di www.volkswagen.com.my.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Volkswagen Passat 2.0 TSI R-Line

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda