window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Volkswagen Polo Mk6 2021 – bolehkah ia merampas takhta Toyota Yaris?

Faisal · Nov 18, 2020 04:00 PM

Volkswagen Polo Mk6 2021 – bolehkah ia merampas takhta Toyota Yaris? 01

Seperti yang pernah dilaporkan, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah menghentikan pengeluaran Volkswagen Polo di Malaysia. Adakah ini bermaksud laluan kepada model baru? Ikuti kupasan kami di bawah yang mungkin boleh menjawab keraguan anda.

Volkswagen Polo Mk6 2021 – bolehkah ia merampas takhta Toyota Yaris? 02

1. Volkswagen Polo manakah yang akan menjadi model baru?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Volkswagen Polo 2021 ialah Polo generasi ke-6. Menurut istilah Volkswagen, ia dikenali sebagai Polo Mark 6 (Mk6).

Volkswagen Polo Mk6 2021 – bolehkah ia merampas takhta Toyota Yaris? 01

Volkwagen Polo Mk5

Volkswagen AG merasmikan Volkwagen Polo Mk6 pada tahun 2017 yang lalu di Berlin. Sejak itu, varian pemanduan belah kanan (right hand drive) telah dilancarkan di United Kingdom, Jepun, Singapura, Australia, dan Afrika Selatan.

Menariknya, Polo Mk6 tidak dijual di India dan Thailand.

Volkswagen Polo Mk6 2021 – bolehkah ia merampas takhta Toyota Yaris? 02

2. Adakah Polo baharu dibina berdasarkan platform MQB yang serba boleh?

Untuk maklumat anda, Inilah generasi Polo yang pertama untuk menggunakan platform MQB yang diasaskan pada kebanyakan model Volkswagen yang terkini.

Malah Polo Mk6 merupakan antara model Volkswagen pertama yang menggunakan platform MQB yang dipertingkatkan pada tahun 2016.

Volkswagen Polo Mk6 2021 – bolehkah ia merampas takhta Toyota Yaris? 03

3. Adakah kita negara yang paling lambat untuk menerima Polo Mk6?

Walaupun VPCM belum memberikan sebarang tanda, negara kita bukanlah yang terakhir.

Untuk maklumat anda, Volkswagen di India baru sahaja melancarkan sebuah Polo Mk5 yang menggunakan enjin daripada Polo Mk6. Perkara ini menjelaskan bahawa VW India tiada perancangan untuk ke generasi terbaru buat masa ini.

Volkswagen Polo Mk6 2021 – bolehkah ia merampas takhta Toyota Yaris? 04

Kabin Volkswagen Polo di Australia

4. BIlakah pelancaran Polo Mk6 di Malaysia?

Seperti yang dimaklumkan, VPCM belum memberikan sebarang informasi mengenai Polo Mk6. Walau apapun, kami jangkakan bahawa ia akan beransur selepas pelancaran Volkswagen Golf Mk8 2021 tidak lama lagi.

Beberapa minggu yang lalu, Golf Mk8 varian GTi telah diintip ketika menjalani ujian jalan di sekitar kilang pemasangan di Pekan, Pahang. Maka itu, kita mungkin menerima kedatangan Polo Mk6 selepas Golf Mk8 dirasmikan.

Volkswagen Polo Mk6 2021 – bolehkah ia merampas takhta Toyota Yaris? 05

5. Adakah Polo baharu akan dipasang tempatan (CKD)?

Perkara ini berkemungkinan besar kerana Polo Mk5 dipasang di sini sejak tahun 2014. Oleh itu, generasi seterusnya mungkin mengikut jejak langkah yang sama dimana ia dipasang di kilang Hicom.

Volkswagen Polo Mk6 2021 – bolehkah ia merampas takhta Toyota Yaris? 06

6. Apakah enjin yang akan digunakan pada Polo Mk6?

Secara global, VW menawarkan pelbagai variasi enjin petrol. Mengikut tawaran di Australia dan Singapura, Polo Mk6 di Malaysia mungkin dikuasai oleh enjin 1.0L TSI yang menghasilkan 116 PS dan 200 Nm tork.

Volkswagen Polo Mk6 2021 – bolehkah ia merampas takhta Toyota Yaris? 07

7. Apakah transmisi yang akan dipadankan pada enjin ini?

Berdasarkan apa yang ditawarkan di Singapura dan Australia, Polo Mk6 berkemungkinan besar akan menggunakan transmisi dwi-klac 7 kelajuan DSG.

Volkswagen Polo Mk6 2021 – bolehkah ia merampas takhta Toyota Yaris? 08

Volkswagen Polo R-Line di United Kingdom

8. Bagaimana dengan varian R-Line?

Sewaktu pelancaran Volkswagen Passat R-Line yang lalu, VPCM mengesahkan bahawa setiap model yang akan dilancarkan kelak akan didatangkan dengan varian R-Line yang mempunyai aksesori dan kosmetik tambahan.

Maka itu, Polo Mk6 tidak terkecuali sama sekali.

Volkswagen Polo Mk6 2021 – bolehkah ia merampas takhta Toyota Yaris? 09

Volkswagen Polo GTi di Australia

9. Bagaimana pula dengan Polo GTi?

Sehingga kini, kami hanya boleh berkata: mungkin.

VPCM mungkin menawarkan Polo GTi pada suatu masa nanti tetapi ia mungkin agak terhad.

Volkswagen Polo Mk6 2021 – bolehkah ia merampas takhta Toyota Yaris? 10

10. Apakah saingan untuk Polo Mk6?

Walaupun Polo Mk6 boleh mencecah RM 100,000, Volkswagen Polo masih sebuah hatchback segmen B. Maka itu, ia akan bersaing terus dengan Toyota Yaris yang cukup laku dan Honda Jazz yang cukup diminati ramai.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Volkswagen Polo 1.6L Comfortline

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda