window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Volkswagen Taigun 2021 – Proton X50 versi Jerman, ada potensi besar?

Faisal · Aug 25, 2021 09:00 AM

Volkswagen Taigun 2021 – Proton X50 versi Jerman, ada potensi besar? 01

Volkswagen baru sahaja merasmikan SUV terbaru mereka, iaitu Volkswagen Taigun. Nama dah macam Tiguan kan? SUV kompak ini baru sahaja masuk ke fasa produksi di India.

Volkswagen Taigun 2021 – Proton X50 versi Jerman, ada potensi besar? 02

Menariknya, ia mengingatkan kami kepada Proton X50 tetapi dibuat oleh orang Jerman. Untuk itu, mari kita lihat dengan lebih terperinci.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dimensi – SUV kompak yang cilik

Volkswagen Taigun 2021 – Proton X50 versi Jerman, ada potensi besar? 01

Volkswagen Taigun hadir dengan platform MQB jenis AO IN yang mana ia turut dikongsi dengan Skoda Kushaq. Dari segi saiz, dimensi SUV kompak Volkswagen yang cilik ini adalah seperti berikut:

Ukuran Volkswagen Taigun
Metrik Dimensi
Panjang 4,200 mm
Lebar 1,760 mm
Tinggi 1,570 mm
Jarak roda 2,651 mm

Volkswagen Taigun 2021 – Proton X50 versi Jerman, ada potensi besar? 02

Jadi kalau diikutkan, saiznya lebih kurang sama dengan Proton X50 (panjang 4,330 mm, lebar 1,800 mm, tinggi 1,609 mm, dan jarak roda 2,600 mm).

Juga bacaMaksud sebenar platform kereta - kenapa ia hangat diperkatakan?

Eksterior – Nampak bersedia untuk menggembara

Volkswagen Taigun 2021 – Proton X50 versi Jerman, ada potensi besar? 03

SUV bandar Volkswagen yang pertama dibuat di India ini mengekalkan identiti yang sama seperti abangnya.

Volkswagen Taigun 2021 – Proton X50 versi Jerman, ada potensi besar? 04

Volkswagen Taigun 2021 – Proton X50 versi Jerman, ada potensi besar? 05

Dengan sentuhan garisan lurus dan beberapa kemasan krom, ia juga nampak betul-betul macam Volkswagen yang lain. Malah, gril dan lampu depannya juga ada iras Tiguan. Kalau dari jauh, mesti susah nak bezakan.

Volkswagen Taigun 2021 – Proton X50 versi Jerman, ada potensi besar? 06

Volkswagen Taigun 2021 – Proton X50 versi Jerman, ada potensi besar? 07

Pelapisan plastik pada bahagian sisi pula memberikan imej yang lasak pada Taigun. Bergantung pada varian, pembeli ditawarkan dengan pilihan rim bersaiz 16 inci ataupun 17 inci set ‘Manila’.

Volkswagen Taigun 2021 – Proton X50 versi Jerman, ada potensi besar? 08

Volkswagen Taigun 2021 – Proton X50 versi Jerman, ada potensi besar? 09

Pada bahagian belakang, penampilan Taigun nampak lebih berlekuk. Antara elemen unik yang diperlihatkan ialah lampu LED jenis smoked dan nyalaan yang menghubungan kedua-dua lampu tersebut. Kalau anda perasan, bahagian bawahnya nampak seperti ada dua ekzos. Tetapi sebenarnya, hanya satu ekzos sahaja yang ada.

Volkswagen Taigun 2021 – Proton X50 versi Jerman, ada potensi besar? 10

Volkswagen Taigun 2021 – Proton X50 versi Jerman, ada potensi besar? 11

Varian lebih bawah tanpa rim dwi-tona.17 inci.

Rupa paras Volkswagen Taigun juga dilengkapkan lagi dengan 5 pilihan warna yang terdiri daripada Curcuma Yellow, Wild Cherry Red, Candy White, Reflex Silver, dan Carbon Steel Grey.

Interior – Minimalis jenis moden

Volkswagen Taigun 2021 – Proton X50 versi Jerman, ada potensi besar? 12

Bumbung suria pun ada.

Walaupun bahagian luar nampak konvensional, bahagian dalam Volkswagen Taigun sebenarnya begitu menyerlah dengan sentuhan dwi-tona. Malah, pembeli turut ditawarkan dengan pilihan untuk mengenakan kemasan jahitan.

Volkswagen Taigun 2021 – Proton X50 versi Jerman, ada potensi besar? 13

Lampu ambient lighting berwarna merah pun ada.

Umumnya, suasana kabin Volkswagen Taigun dinaikkan oleh trim perak atau merah (bergantung pada warna badan) yang menyelaputi bahagian papan pemuka dan konsol tengah.

Volkswagen Taigun 2021 – Proton X50 versi Jerman, ada potensi besar? 14

Volkswagen Taigun 2021 – Proton X50 versi Jerman, ada potensi besar? 15

Tidak cukup dengan itu, aksen gentian karbon juga diterapkan pada bahagian kabin.

Volkswagen Taigun 2021 – Proton X50 versi Jerman, ada potensi besar? 16

Dari segi teknologi, ciri kluster instumen digital 8 inci juga ada tetapi ia tidaklah secanggih yang kita dapat di Malaysia. Sesetengah varian pula beransur dengan meter jenis analog.

Volkswagen Taigun 2021 – Proton X50 versi Jerman, ada potensi besar? 17

Volkswagen Taigun 2021 – Proton X50 versi Jerman, ada potensi besar? 18

Becakap mengenai kelengkapan, Volkswagen Taigun turut datang dengan:

  • Infotainment 10 inci dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay jenis tanpa wayar
  • Pengecas tanpa wayar
  • Penyejuk kerusi
  • Glovebox yang boleh disejukkan
  • Penyaman udara belakang

Juga bacaKenapa kereta anda wajib ada Apple CarPlay dan Android Auto? Ini sebabnya

Volkswagen Taigun 2021 – Proton X50 versi Jerman, ada potensi besar? 19

But seluas 385 liter. Kalau kerusi dilipat, boleh pergi seluas 1,405 liter.

Prestasi – Ada manual beb!

Volkswagen Taigun 2021 – Proton X50 versi Jerman, ada potensi besar? 20

Secara teknikal, Volkswagen Taigun hadir dengan enjin 1.5L turbo yang dipadankan dengan transmisi DCT 7 kelajuan. Varian yang lebih rendah pula datang dengan gabungan enjin 1.0L turbo 3 silinder dan transmisi automatik 6 kelajuan.

Prestasi VW Taigun 
Trenkuasa Output

1.0L turbo 3 silinder

6 kelajuan MT / AT

115 PS @ 5,000 - 5,500 rpm

178 Nm @ 1,750 - 4,500 rpm

1.5L turbo 4 silinder

6 kelajuan MT / DCT 7 kelajuan

150 PS @ 5,000 - 6,000 rpm

250 Nm @ 1,600 - 3,500 rpm

Keselamatan – Tiada ADAS

Volkswagen Taigun 2021 – Proton X50 versi Jerman, ada potensi besar? 21

SUV kompak Volkswagen yang terbaru ini tidak mendatangkan ciri ADAS langsung. Yang ada hanya kawalan kestabilan, kamera undur, dan 6 beg udara.

Konklusi – Sesuai tak untuk tembus pasaran Malaysia?

Volkswagen Taigun 2021 – Proton X50 versi Jerman, ada potensi besar? 22

Harga Volkswagen Taigun belum lagi diumumkan tetapi ia dijangka berada dalam julat INR 11 lakh (~RM 63k) ke INR 18 lakh (~102k).

Volkswagen Taigun 2021 – Proton X50 versi Jerman, ada potensi besar? 23

Harga yang diramalkan ini sebenarnya lebih mahal daripada Nissan Kicks dan Kia Seltos. Namun begitu, ia tetap nampak berbaloi.

Juga bacaBerjaya Auto mempunyai pelan untuk melancarkan Kia Seltos 2022 CKD di Malaysia

Volkswagen Taigun 2021 – Proton X50 versi Jerman, ada potensi besar? 24

Walaupun peluang untuk Taigun tembus ke pasaran kita agak tipis, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) sudahpun mengesahkan bahawa mereka ingin menceburkan diri dalam pasaran SUV segmen B. Jadi, T-Roc atau T-Cross? Sama-sama kita nantikan.

Juga bacaVPCM bakal perkenalkan SUV baru – VW T-Cross, T-Roc atau Touareg?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda