window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Volkswagen Tiguan: 5 tempat duduk atau 7 tempat duduk? Ini perbezaannya!

Haris · Aug 18, 2020 04:00 PM

Volkswagen Tiguan: 5 tempat duduk atau 7 tempat duduk? Ini perbezaannya! 01

Volkswagen Tiguan Allspace baru sahaja dilancarkan di Malaysia pada 12 Ogos 2020. Model ini adalah tambahan bagi Volkswagen Tiguan biasa yang sedia ada di Malaysia. Sorotan bagi model ini adalah tambahan 2 tempat duduk berbanding Volkswagen Tiguan biasa yang mempunyai 5 tempat duduk.

Volkswagen Tiguan: 5 tempat duduk atau 7 tempat duduk? Ini perbezaannya! 01

Volkswagen Tiguan Allspace menjadi satu-satunya model Volkswagen dengan 7 tempat duduk. Volkswagen adalah antara beberapa pengeluar Eropah yang hadir dengan varian 7 tempat duduk di Malaysia selain Peugeot 5008, Volvo XC90 dan Ford Everest.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perbezaan Varian

Volkswagen Tiguan: 5 tempat duduk atau 7 tempat duduk? Ini perbezaannya! 01

Kedua-dua Volkswagen Tiguan Allspace 7 tempat duduk didatangkan dengan 2 varian. Manakala, Volkswagen Tiguan 5 tempat duduk hanya mempunyai 1 varian sahaja. Kesemua varian Volkswagen Tiguan dipasang tempatan di Pekan.

Volkswagen Tiguan: 5 tempat duduk atau 7 tempat duduk? Ini perbezaannya! 02

Secara mudahnya, dengan hanya RM 2,000 sahaja, anda boleh menaik taraf Volkswagen Tiguan 5 tempat duduk kepada 7 tempat duduk. Walaupun begitu, terdapat faktor lain sebelum anda menentukan pembelian Volkswagen Tiguan ini.

Perbezaan dimensi

Volkswagen Tiguan: 5 tempat duduk atau 7 tempat duduk? Ini perbezaannya! 03

Sebagai perbandingan, Volkswagen Tiguan Allspace adalah sedikit lebih kecil berbanding Mitsubishi Outlander. Selain itu, Mazda CX-8 adalah sedikit lebih besar berbanding Volkswagen Tiguan Allspace.

Apa yang membuatkan VW Tiguan Allspace lebih menonjol berbanding VW Tiguan biasa 5 tempat duduk adalah saiznya. Jarak antara roda VW Tiguan Allspace meningkat 110 mm menjadi 2,791 mm. Panjangnya pula telah meningkat menjadi 4,704 mm iaitu 215 mm lebih panjang daripada VW Tiguan biasa.

Volkswagen Tiguan: 5 tempat duduk atau 7 tempat duduk? Ini perbezaannya! 04

Peningkatan panjang VW Tiguan Allspace juga memberikan tambahan ruang. Ruang lutut lebih panjang sebanyak 60 mm dan ruang kargo bertambah sehingga 1,770 liter dengan semua tempat duduk dilipat. Saiz ruang but Tiguan 5 tempat duduk pula hanyalah sekadar 1,655 liter (semua tempat duduk dilipat).

Perbezaan rekaan

Volkswagen Tiguan: 5 tempat duduk atau 7 tempat duduk? Ini perbezaannya! 05

Tiada perbezaan rekaan yang ketara pada Volkswagen 7 tempat duduk ini. Rekaan hadapan kereta ini masih sama, hanya perbezaan pada rekaan tingkap selepas tiang C (C pillar) yang diubah sedikit mungkin hasil daripada peningkatan panjang kereta.

Volkswagen Tiguan: 5 tempat duduk atau 7 tempat duduk? Ini perbezaannya! 06

Pada bahagian belakang pula, Volkswagen Tiguan 5 dan 7 tempat duduk ini boleh dibezakan dengan rekaan lampu belakang. VW Tiguan 5 tempat duduk memaparkan nyalaan lampu yang lebih nipis manakala VW Tiguan 7 tempat duduk memaparkan nyalaan lampu yang lebih tebal.

Volkswagen Tiguan: 5 tempat duduk atau 7 tempat duduk? Ini perbezaannya! 07

Bergerak ke bahagian atas, tiada rabung (ridge) yang dapat dilihat pada VW Tiguan 5 tempat duduk. Manakala, VW Tiguan 7 tempat duduk mempunyai rabung. Tahukah anda apakah tujuan rabung ini? Baca artikel kami di sini.

Perbezaan ciri-ciri

Volkswagen Tiguan: 5 tempat duduk atau 7 tempat duduk? Ini perbezaannya! 08

Tiada ciri-ciri yang ketara di antara VW Tiguan 5 dan 7 tempat duduk melainkan anda terus ke membeli VW Tiguan varian paling atas. Dua varian dijana oleh enjin 1.4 liter TSI dengan gandingan transmisi DSG 6 kelajuan namun hanya dengan perbezaan tempat duduk.

Volkswagen Tiguan: 5 tempat duduk atau 7 tempat duduk? Ini perbezaannya! 09

Keluhan terbesar pada VW Tiguan ini sudah tentulah ketiadaan Sistem Bantuan Pemandu (ADAS) pada semua varian. Namun begitu, ADAS tidak ditawarkan bagi mengekalkan harga yang agak kompetitif tersebut. Jangan lupa, ADAS hanyalah bantuan pemandu sahaja dan bukanlah sebuah sistem yang menjamin keselamatan anda.

Volkswagen Tiguan: 5 tempat duduk atau 7 tempat duduk? Ini perbezaannya! 10

Kami sukakan Volkswagen Tiguan 7 tempat duduk yang baharu kerana nilai yang dibawa lebih baik berbanding VW Tiguan 5 tempat duduk. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Selain itu, ketahui 5 perkara yang kami suka mengenai VW Tiguan Allspace ini.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Volkswagen Tiguan 1.4TSI Highline

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda