window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Volkswagen Tiguan Allspace 2020 baru dilancarkan! 7 tempat duduk, harga dari RM 164,430!

Haris · Aug 12, 2020 11:59 AM

Volkswagen Tiguan Allspace 2020 baru dilancarkan! 7 tempat duduk, harga dari RM 164,430! 01

Volkswagen Passenger Cars Malaysia baru sahaja melancarkan Volkswagen Tiguan Allspace 2020 yang baharu. Dua varian yang ditawarkan adalah Highline 1.4 liter dan R-Line 2.0 liter.

Tiguan Allspace dipasang tempatan di Pekan dan bersaing dengan SUV segmen C 7 tempat duduk lain termasuk Mitsubishi Outlander dan Mazda CX-8.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Volkswagen Tiguan Allspace 2020 baru dilancarkan! 7 tempat duduk, harga dari RM 164,430! 01

Harga bermula dari RM 164,430 untuk Tiguan Allspace Highline sementara Tiguan Allspace R-Line berharga dari RM 208,553. Kedua-dua harga atas jalan, tanpa insurans dan tanpa cukai jualan. 

Varian yang ditawarkan

Volkswagen Tiguan Allspace 2020 baru dilancarkan! 7 tempat duduk, harga dari RM 164,430! 02

Apa yang membezakan Tiguan Allspace Highline dan R-Line adalah trenkuasa - Highline dikuasakan oleh enjin 1.4 TSI sama dengan Tiguan biasa serta menghasilkan 150 PS kuasa kuda dengan 250 Nm tork.

Sementara itu R-line dikuasakan oleh enjin TSI 2.0 liter yang juga terdapat pada VW Golf GTi. Enjin tersebut menghasilkan 230 PS kuasa kuda dan 350 Nm tork. Kedua-duanya digandingkan dengan transmisi DSG 6-kelajuan.

Saiz ruang dalaman

Volkswagen Tiguan Allspace 2020 baru dilancarkan! 7 tempat duduk, harga dari RM 164,430! 03

Apa yang membuatkan Tiguan Allspace lebih menonjol berbanding Tiguan biasa 5 tempat duduk adalah saiznya. Jarak antara roda Tiguan Allspace meningkat 110 mm menjadi 2,791 mm. Panjangnya pula telah meningkat menjadi 4,704 mm iaitu 215 mm lebih panjang daripada Tiguan biasa.

Volkswagen Tiguan Allspace 2020 baru dilancarkan! 7 tempat duduk, harga dari RM 164,430! 04

Peningkatan panjang Tiguan Allspace juga memberikan tambahan ruang. Ruang lutut lebih panjang sebanyak 60 mm dan ruang kargo bertambah sehingga 1,770 liter dengan semua tempat duduk dilipat. Saiz ruang but Tiguan 5 tempat duduk pula hanyalah sekadar 1,655 liter.

Ciri-ciri yang ditawarkan

Volkswagen Tiguan Allspace 2020 baru dilancarkan! 7 tempat duduk, harga dari RM 164,430! 05

Peralatan standard pada kedua-dua varian Volkswagen Tiguan Allspace 2020 merangkumi:

  • Lampu depan LED
  • Lampu LED siang (DRL)
  • Lampu belakang LED
  • Cermin lipat elektrik
  • Sistem infotainment ‘Discover Media’ dengan skrin sesentuh 8 inci
  • 8 pembesar suara
  • Sokongan Apple CarPlay dan Android Auto
  • Kluster instrumen digital

Volkswagen Tiguan Allspace 2020 baru dilancarkan! 7 tempat duduk, harga dari RM 164,430! 06

  • Bantuan Parkir
  • Kawalan iklim 3-zon
  • Tempat duduk kulit
  • Tempat duduk pemandu elektrik 
  • Pintu belakang jenis Power Tailgate
  • Butang penghidup tanpa kunci
  • Corong udara belakang

Volkswagen Tiguan Allspace 2020 baru dilancarkan! 7 tempat duduk, harga dari RM 164,430! 07

Dari segi keselamatan, Tiguan Allspace dilihat kekurangan tanpa tawaran ADAS dalam kedua-dua varian tersebut. Ciri keselamatan yang menjadi standard pada kedua-dua varian Tiguan Allspace adalah:

  • 6 beg udara
  • Kawalan kestabilan elektronik
  • Kawalan pemanduan dengan had kelajuan (Cruise control with speed limiter)
  • Bantuan kawalan pendakian (Hill hold control)

Volkswagen Tiguan Allspace 2020 baru dilancarkan! 7 tempat duduk, harga dari RM 164,430! 08

Tiguan Allspace ditawarkan dalam 5 warna yang berbeza iaitu Pure White, Deep Black, Atlantic Blue, Indium Grey, dan Tungsten Silver.

Volkswagen Tiguan Allspace 2020 baru dilancarkan! 7 tempat duduk, harga dari RM 164,430! 09

Volkswagen Tiguan Allspace juga dijual di Indonesia dan India. Tiguan Allspace versi Indonesia mempunyai spesifikasi yang hampir sama dengan Tiguan Allspace versi Malaysia. Walau bagaimanapun, Tiguan Allspace versi India hadir dengan enjin TSI 2.0 liter yang hanya menghasilkan 190 PS.

Volkswagen Tiguan Allspace 2020 baru dilancarkan! 7 tempat duduk, harga dari RM 164,430! 10

Kedua-dua varian Highline dan R-Line disokong oleh jaminan jarak perbatuan tanpa had 5 tahun oleh Volkswagen dengan penyelenggaraan percuma selama 3 tahun.

Volkswagen Tiguan 5 tempat duduk masih dijual di samping Volkswagen Tiguan 7 tempat duduk ini.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Volkswagen Tiguan 1.4TSI Highline

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda