window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Volvo 240 - kereta Sweden yang dicipta untuk keselamatan, tiba-tiba jadi lagenda!

Haris · Jul 31, 2021 11:59 AM

Volvo 240 - kereta Sweden yang dicipta untuk keselamatan, tiba-tiba jadi lagenda! 01

Sekitar tahun 70-an, negara Sweden telah melahirkan kumpulan muzik ABBA dan Volvo 240. Salah satu dari 2 nama besar tersebut masih popular pada hari ini, justeru membangkitkan naluri ingin tahu mengenai bagaimana ia mampu bertahan selepas hampir 40 tahun.

Volvo 240 - kereta Sweden yang dicipta untuk keselamatan, tiba-tiba jadi lagenda! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Terdapat 4 aspek yang dipercayai menjadi ramuan Volvo 240 terus dicari sehingga ke hari ini. Nak tahu? Berikut adalah 4 sebab mengapa ia masih popular di abad 21.

1. Keselamatan mendahului zaman

Volvo 240 - kereta Sweden yang dicipta untuk keselamatan, tiba-tiba jadi lagenda! 01

Pada awalnya dibina untuk keselamatan, Volvo 240 tanpa disangka-sangka menjadi sebuah kenderaan yang sangat tahan lasak. ‘The Moving Brick’ (Bata Bergerak) antaranya menggunakan besi paling berkualiti dari British, malah kebanyakan komponen juga diimport dari sana.

Volvo 240 - kereta Sweden yang dicipta untuk keselamatan, tiba-tiba jadi lagenda! 02

Volvo 240 adalah sebuah kereta yang memperkenalkan beberapa ciri keselamatan yang canggih pada zamannya. Antaranya adalah:

  • Zon perlanggaran depan belakang yang besar
  • Headrest berlubang untuk meningkatkan pandangan visual
  • Tali pinggang keleder 3 titik (baru dicipta pada zaman itu)

Volvo 240 - kereta Sweden yang dicipta untuk keselamatan, tiba-tiba jadi lagenda! 03

Tak payah kamera bagai

Sebuah lagi trivia ketahanan Volvo 240 yang menarik, mendiang Ingvar Kampard, pengasas Ikea memandu sebuah Volvo 240 GL sebagai kenderaan beliau. Malah, beliau dikatakan menggunakan Volvo 240 hampir 20 tahun semenjak tahun 1993 sebelum beliau menjual kereta tersebut kerana ‘terlalu tua untuk memandu’. Memang tahan.

2. Rekaan scandinavia sebelum Ikea

Volvo 240 - kereta Sweden yang dicipta untuk keselamatan, tiba-tiba jadi lagenda! 04

Jan Wilsgaard, ketua pereka di Volvo Cars adalah individu yang bertanggungjawab mereka bentuk Volvo 240. Rekaan scandinavia memang terkenal dengan ciri minimalis dan praktikal. Jan membawa falsafah ke satu tahap yang lain apabila berinspirasikan pembaris sahaja untuk mereka Volvo 240.

Volvo 240 - kereta Sweden yang dicipta untuk keselamatan, tiba-tiba jadi lagenda! 05

Jan Wilsgaard

Siapa sangka, aspek terbesar dalam mereka bentuk Volvo 240 adalah pasukan perekanya. Apa yang menyebabkan Volvo 240 kelihatan unik dan menarik adalah nisbah yang seimbang, dari segi badan kenderaan hinggalah ke perincian kecil seperti lampu. Bayangkan, semua ini hanya menggunakan rekaan kotak sahaja.

Volvo 240 - kereta Sweden yang dicipta untuk keselamatan, tiba-tiba jadi lagenda! 06

Antara lain, turut digunakan sebagai...... bas

Dari jenis badan coupe, sedan hinggalah wagon, bentuk badan berkotak ini memang mampu disesuaikan dengan apa sahaja. Apa yang lebih hebat adalah ramuan populariti seterusnya yang sedikit mencabar hukum fizik.

3. Aerodinamik tu apa?

Volvo 240 - kereta Sweden yang dicipta untuk keselamatan, tiba-tiba jadi lagenda! 07

Volvo 240 lebih meniti kemasyhuran di litar-litar marhaen dan beberapa kejohanan besar. Kejohanan-kejohanan amatur di seluruh dunia sangat-sangat menggemari Volvo 240 disebabkan oleh ketahanannya dan kemudahan untuk mencari alat ganti.

Volvo 240 - kereta Sweden yang dicipta untuk keselamatan, tiba-tiba jadi lagenda! 08

Walaupun mempunyai reka bentuk berkotak dilihat kurang aerodinamik, Volvo 240 Turbo dikatakan mencapai kelajuan 240 km/j di litar Monza, Hockenheim and Bathurst. Tidak kurang hebat untuk sebuah kereta berkotak, kan?

Volvo 240 - kereta Sweden yang dicipta untuk keselamatan, tiba-tiba jadi lagenda! 09

Kejohanan seperti European Touring Car Championship, Australian Touring Car Championship, German DTM dan 24 Hours Le Mons menjadi saksi kehebatan jentera Sweden ini lalu diberi julukan ‘The Flying Brick’ (Bata Terbang) pula.

5. Kereta projek terbaik buat penggemar kereta

Volvo 240 - kereta Sweden yang dicipta untuk keselamatan, tiba-tiba jadi lagenda! 10

Akhir sekali, inilah ramuan yang membuatkan Volvo 240 masih terkenal di abad 21 ini. Selain daripada praktikaliti yang ditawarkan dengan ruangan but belakang yang besar dan susun atur kabin dalaman yang selesa, Volvo 240 juga adalah sebuah kenderaan asas yang sesuai untuk dijadikan kereta projek.

Volvo 240 - kereta Sweden yang dicipta untuk keselamatan, tiba-tiba jadi lagenda! 11

Masih banyak ruang

Di Malaysia juga, kegilaan terhadap JDM memberi ruang kepada peminat jentera Sweden ini untuk memilikinya pada harga yang jauh lebih rendah lalu memberi peluang kepada peminat kereta sebenar untuk mencuba spanar dan jek terhadap kereta ini dengan mudah.

Volvo 240 - kereta Sweden yang dicipta untuk keselamatan, tiba-tiba jadi lagenda! 12

Disebabkan oleh 2.6 juta unit terjual dan selepas 18 tahun (1975 - 1993) dalam pasaran, komponen alat ganti standard dan prestasi telah banyak dikeluarkan di seluruh dunia. Kepuasan menyumbang keringat terhadap jentera sendiri memang tidak dapat diungkap. Volvo 240 ini mampu memberikan anda kepuasan tersebut.

Kesimpulan

Volvo 240 - kereta Sweden yang dicipta untuk keselamatan, tiba-tiba jadi lagenda! 13

Aspek teknikal dan dinamik pemanduan bukanlah kekuatan utama model ini namun dengan modifikasi-modifikasi yang mampu dilakukan, Volvo 240 kekal relevan walaupun sudah 28 tahun tamat pengeluaran. Dipasarkan sebagai sebuah kereta yang menerajui keselamatan, tanpa disangka-sangka Volvo sebenarnya telah membangunkan sebuah kereta yang tahan lasak dan malar segar untuk tahun-tahun mendatang.

Volvo 240 - kereta Sweden yang dicipta untuk keselamatan, tiba-tiba jadi lagenda! 14

Wagon pun cantik

Kereta lain kalau sudah mencecah umur 30 tahun, mungkin sudah kelihatan lapuk tetapi bagi model Volvo 240 ini, ia kekal tahan sehinggalah pemilik sudah jemu untuk memeliharanya. Periksa bahagian badan yang berkarat sebelum membuat sebarang pembelian, maklumlah kereta lama. Berminat nak beli sebuah?

Bacaan Lanjut:

Usah hairan dengan ‘speed limit’ Volvo pada 180 km/j, banyak lagi kereta akan ikut!

Bagaimana untuk terselamat dari kemalangan? Pakai dulu tali pinggang keledar!

Penting atau tak bermoral? Mayat manusia sebenar digunakan untuk ujian perlanggaran!

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda