window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Volvo Car Malaysia buka satu Pusat 3S di Setia Alam - akan berkuasa solar, ada pengecas EV

Faisal · Feb 26, 2023 04:00 PM

Volvo Car Malaysia buka satu Pusat 3S di Setia Alam - akan berkuasa solar, ada pengecas EV 01

Sime Darby Swedish Auto telah meraikan satu mercu jaya penting hari ini dengan pelancaran pusat pameran pengedar Volvo kedua di Malaysia, selepas pembukaan cawangan pertama di Sime Darby Motors City, Ara Damansara.  Kemudahan terbaharu yang terletak di Setia Alam, Shah Alam ini ialah sebuah Pusat 3S (Sales, Service & Spare Parts atau Jualan, Servis, Alat Ganti) yang bersedia untuk memberikan perkhidmatan serba lengkap kepada pelanggan.

Juga bacaSemua kereta Volvo Malaysia (kecuali S90) dihadkan kelajuan sehingga 180 km/j sahaja!

Volvo Car Malaysia buka satu Pusat 3S di Setia Alam - akan berkuasa solar, ada pengecas EV 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebagai sebahagian daripada kemudahan baharu Volvo Car Malaysia, cawangan terkini di Setia Alam meliputi kawasan tanah seluas 23,000 kaki persegi dan menyediakan bilik pameran dan piawaian perkhidmatan global Volvo. Pusat pameran pengedar ini akan membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menikmati sepenuhnya Pengalaman Runcit Volvo (VRE) yang mencerminkan prinsip dan nilai Scandinavia yang didukung Volvo.

Volvo Car Malaysia buka satu Pusat 3S di Setia Alam - akan berkuasa solar, ada pengecas EV 01

Bilik pameran ini dilengkapi dengan teknologi terkini termasuk empat ruang mengecas kenderaan di premis. Mengenai VRE, pengunjung akan dapat menikmati konsep berasaskan ruang tamu yang dihiasi reka bentuk sentuhan Scandinavia yang melambangkan jenama Volvo. Malah, bekalan elektrik kemudahan ini tidak lama lagi akan dijana menggunakan kuasa solar.

Volvo Car Malaysia buka satu Pusat 3S di Setia Alam - akan berkuasa solar, ada pengecas EV 02

“Melangkah lebih jauh dalam perjalanan kami menerokai elektrifikasi, usaha meluaskan rangkaian dengan pembukaan pusat pameran ini akan membolehkan lebih ramai pelanggan kami di Selangor untuk meneroka dunia pemanduan yang lestari dan selamat,” kata Charles Frump selaku Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia. Ulas beliau lagi, “Kami sukacita untuk mengukuhkan kerjasama dengan Sime Darby Swedish Auto menerusi pembukaan pusat pameran pengedar Setia Alam dan berharap untuk menjalin usaha sama lebih kukuh dalam mengetengahkan kelebihan kenderaan Volvo.”

Juga bacaVolvo Malaysia akan lancar model EV baru SETIAP tahun, C40 Recharge dalam tahun ini juga!

Volvo Car Malaysia buka satu Pusat 3S di Setia Alam - akan berkuasa solar, ada pengecas EV 03

Jeffrey Gan, Pengarah Urusan, Peruncitan dan Pengedaran Sime Darby Motors Malaysia, Hong Kong & Macau mengulas, “Kami berbesar hati untuk terus membawakan kepada rakyat Malaysia keunggulan reka bentuk dan kejuruteraan Swedan dengan pembukaan pusat pameran Volvo terbaharu ini. Selain berfungsi sebagai Pusat 3S, kemudahan baharu ini juga merupakan Pusat Baik Pulih Kerosakan Bertauliah Volvo yang menyediakan rangkaian perkhidmatan jualan dan lepas jualan serba lengkap dari mula hingga akhir, semuanya di bawah satu bumbung. Mencerminkan komitmen kami untuk membawakan pengalaman pelanggan yang serba lancar, Sime Darby Swedish Auto telah menerima Anugerah Kecemerlangan Pengedar buat dua tahun berturut-turut pada 2020 dan 2021. Kami akan mengukuhkan lagi rekod pencapaian ini untuk terus memastikan keperluan pelanggan sentiasa dijaga dalam setiap langkah yang kami ambil.”

Volvo Car Malaysia buka satu Pusat 3S di Setia Alam - akan berkuasa solar, ada pengecas EV 04

Untuk anda yang hendak mengunjung, Volvo Setia Alam terletak di No.3, Jalan Setia Alam Murni, U13/AH, Seksyen U13, 40170 Shah Alam, Selangor, dan beroperasi dari jam 8:30 pagi hingga 6:00 petang setiap hari. Pelanggan yang berminat boleh layari www.volvocars.com/my/find-a-dealer atau https://swedishauto.com.my/ atau menelefon 03-5870 1188 untuk maklumat lanjut.

Juga bacaVolvo Malaysia terap dasar 'Family Bond' - pekerja dapat cuti paterniti bergaji sampai 24 minggu!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda