window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Volvo mahu tawan posisi jenama EV mewah No.1 di Malaysia dari Porsche, sasar jauh lebih tinggi

Mersita · Mar 19, 2022 10:00 AM

Volvo mahu tawan posisi jenama EV mewah No.1 di Malaysia dari Porsche, sasar jauh lebih tinggi 01

Volvo Car Malaysia yang baru saja melancarkan Volvo XC40 Recharge Pure Electric, kereta elektrik berbateri (BEV) dipasang tempatan (CKD) pertama di Malaysia, sedang menyasarkan untuk menjadi pengeluar kereta elektrik (EV) mewah No.1 di negara ini.

Bercakap ketika prebiu Volvo XC40 Recharge Pure Electric pada Selasa, Pengarah Urusan Charles Frump berkata Volvo Car Malaysia (VCM) bukan saja komited terhadap sasaran sifar karbon global Volvo Car Group – iaitu untuk mempunyai 50 peratus dari keseluruhan jualan disumbang oleh kenderaan berbateri (BEV) – tapi juga untuk melangkaui sasaran ini.

Volvo mahu tawan posisi jenama EV mewah No.1 di Malaysia dari Porsche, sasar jauh lebih tinggi 02

75 peratus sumbangan jualan dari BEV adalah lebih tinggi daripada sasaran global iaitu 50 peratus

Frump berkata bagi pasaran Malaysia, 75 peratus daripada jualan VCM akan terdiri daripada BEV, menjelang tahun 2025.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

XC40 Recharge Pure Electric CKD hanyalah satu langkah pertama, yang akan diikuti oleh coupe-SUV C40 dalam tahun ini. Selepas itu, VCM akan melancarkan satu model BEV baharu setiap tahun.

Baca juga: Volvo XC40 Recharge EV dilancar di Malaysia – CKD, 408 PS/660 Nm, jarak pandu 418 km

Volvo mahu tawan posisi jenama EV mewah No.1 di Malaysia dari Porsche, sasar jauh lebih tinggi 01

Eksport ke pasaran-pasaran jiran di zon perdagangan ASEAN, termasuklah model-model pemanduan sebelah kiri, juga ada dalam perancangan.

VCM tidak menetapkan sasaran apabila ia merangkul posisi No.1 nanti, namun Porsche buat masa kini menerajui jualan BEV di Malaysia, diikuti oleh MINI.

Volvo mahu tawan posisi jenama EV mewah No.1 di Malaysia dari Porsche, sasar jauh lebih tinggi 02

Pengedar Porsche Sime Darby Auto Performance tidak menyatakan jumlah Porsche Taycan yang terjual pada 2021, namun sumber kami mengatakan yang bilangannya melebihi 170 unit. Ini bermaksud Porsche mengawal lebih dari 60 peratus daripada pasaran kenderaan elektrik tempatan (jumlah 274 unit, menurut MAA).

Baca juga: Malaysia menjual 274 unit EV pada 2021, tetapi Indonesia menjual 2.5x lebih banyak, Hyundai mendahului

Volvo mahu tawan posisi jenama EV mewah No.1 di Malaysia dari Porsche, sasar jauh lebih tinggi 03

BMW dan Mercedes-Benz juga telah mengumumkan/melancarkan model elektrik masing-masing, namun penghantaran belum dibuat lagi, walaupun Mercedes-Benz Malaysia berkata penghantaran bagi EQA akan bermula pada separuh kedua bulan April 2022.

Baca juga: Mercedes-Benz EQA 250 dilancar di Malaysia – RM 278k, 190 PS/370 Nm, jarak pandu 429 km

Volvo mahu tawan posisi jenama EV mewah No.1 di Malaysia dari Porsche, sasar jauh lebih tinggi 04

Sasaran VCM agak berani, kerana Volvo mengakhiri tahun 2021 dengan hanya lebih sedikit dari 2,400 unit terjual dan VCM berada jauh di bawah jika dibandingkan dengan jenama-jenama mewah lain. Tambahan pula, Volvo pun belum lagi menghantar walau satu unit pun model BEV kepada pelanggannya.

Volvo mahu tawan posisi jenama EV mewah No.1 di Malaysia dari Porsche, sasar jauh lebih tinggi 05

Mercedes-Benz dan BMW juga mempunyai barisan model elektrik yang jauh lebih banyak berbanding Volvo, dimana mereka ada sekurang-kurangnya satu model BEV bagi setiap segmen – ditambah pula dengan rangkaian pengedar lebih meluas dan sokongan selepas-jualan lebih hebat.

Mercedes-Benz, misalnya, dijangka akan mengiringi EQA dengan sekurang-kurangnya satu lagi model kereta elektrik pada tahun ini. BMW sudahpun menjalankan pra-tempahan bagi 3 model iaitu iX, i4, dan iX3.

Volvo mahu tawan posisi jenama EV mewah No.1 di Malaysia dari Porsche, sasar jauh lebih tinggi 06

Harga Volvo XC40 Pure Electric akan diumumkan pada 4 April nanti. Di samping itu, pengedar sudahpun menerima pra-tempahan.

VCM berkata XC40 didatangkan dengan waranti 5 tahun/jarak-tempuh tanpa had manakala bateri bervoltan tinggi di dalamnya dijamin dengan waranti 8 tahun/160,000 km.

Volvo mahu tawan posisi jenama EV mewah No.1 di Malaysia dari Porsche, sasar jauh lebih tinggi 07

SUV elektrik pacuan semua-roda (AWD) ini dikuasakan oleh bateri 78 kWh, manakala dua motor – di setiap satu gandar – menjana ‘output’ keseluruhan sebanyak 408 PS/660 Nm. Ia memecut dari 0-100 km/j dalam masa 4.9 saat (seperti yang diiklankan), dengan kelajuan puncak sehingga 180 km/j.

Jika dipandu secara biasa, anda boleh lengkapkan perjalanan sehingga 418 km (kitaran ujian WLTP). Port pengecas CCS2 menyokong pengecasan AC 11 kW (0 ke 100 peratus dalam masa 8 jam) dan pengecasan pantas DC 150 kW (0 ke 80 peratus dalam masa 40 minit).

Volvo mahu tawan posisi jenama EV mewah No.1 di Malaysia dari Porsche, sasar jauh lebih tinggi 08

Di peringkat global, model facelift 2022 yang baharu sudahpun ada. Namun, memandangkan XC40 kita dipasang tempatan, lebih banyak masa diperlukan untuk pengenalannya. Oleh itu, model facelift baharu belum akan diperkenalkan di Malaysia sehinggalah tahun 2023.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Volvo XC40 Recharge T5 R-Design

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia