window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Volvo Malaysia terap dasar 'Family Bond' - pekerja dapat cuti paterniti bergaji sampai 24 minggu!

Faisal · Jul 15, 2022 08:00 PM

Volvo Malaysia terap dasar 'Family Bond' - pekerja dapat cuti paterniti bergaji sampai 24 minggu! 01

Selepas setahun dasar Family Bond diperkenalkan pada peringkat global, ia kini mula diterapkan dalam syarikat Volvo Car Malaysia. Secara amnya, dasar ini menekankan kelayakan cuti paterniti yang saksama, merapatkan jurang antara jantina dan menyediakan peluang yang sama rata untuk pertumbuhan kerjaya.

Volvo Malaysia terap dasar 'Family Bond' - pekerja dapat cuti paterniti bergaji sampai 24 minggu! 02

Dari segi istilah, dasar Family Bond  memberi semua pekerja di pejabat dan kilang Volvo Car Malaysia yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya satu tahun dengan cuti paterniti selama 24 minggu. Menariknya, dasar ini boleh diguna oleh ibu bapa dan ibu bapa angkat. Malah, ia juga boleh diguna pada bila-bila masa dalam tempoh 3 tahun pertama mereka menjadi ibu bapa.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Volvo Malaysia terap dasar 'Family Bond' - pekerja dapat cuti paterniti bergaji sampai 24 minggu! 01

Sewaktu sesi berkongsi pengalaman, Veena Menon iaitu Pengurus CRM di Volvo Car Malaysia berkata, “Sebagai ibu kepada tiga orang cahaya mata, saya sangat bersyukur mendapat cuti paterniti berbayar selama 24 minggu apabila saya melahirkan bayi saya. Saya menghargai kepentingan ikatan awal kasih sayang dalam pembesaran anak. Itulah sebabnya saya gembira dapat menggunakan manfaat dasar Family Bond  untuk membina ikatan dengan bayi semasa tempoh yang paling penting dalam kehidupan dia”.

Volvo Malaysia terap dasar 'Family Bond' - pekerja dapat cuti paterniti bergaji sampai 24 minggu! 02

“Saya rasa sangat gembira berada dalam sebuah organisasi yang moden dan progresif seperti ini. Volvo sentiasa memberi tumpuan kepada insan dan menerusi Family Bond, syarikat memberi peluang kepada ibu dan juga bapa untuk memainkan peranan yang saksama dalam membesarkan anak mereka. Dalam sebuah masyarakat yang maju, kesaksamaan jantina adalah sangat penting dan persoalan sama ada seseorang perlu memilih antara kerjaya atau keluarga sepatutnya tidak timbul. Saya harap lebih banyak organisasi yang akan mengikuti jejak langkah Volvo Cars dalam menawarkan cuti paterniti berbayar demi kesejahteraan keluarga”.

Family Bond kini ditawarkan untuk 40,000+ orang pekerja Volvo Cars di seluruh dunia termasuk di kilang dan di pejabat. Sehingga kini, lebih 160 orang pekerja telah menerima manfaat dasar ini di seluruh dunia.

Volvo Malaysia terap dasar 'Family Bond' - pekerja dapat cuti paterniti bergaji sampai 24 minggu! 03

Charles Frump, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia turut mengulas dengan berkata, “Dasar Family Bond menonjolkan budaya dan nilai syarikat kami. Kerajaan Malaysia baru-baru ini mengumumkan penambahan kepada dasar cuti paterniti yang sedia ada. Kini, bapa yang bekerja diberi cuti sehingga 7 hari dan ibu yang bekerja pula sehingga 98 hari”.

Untuk maklumat lanjut tentang dasar Family Bond, sila klik di sini atau ikuti Facebook atau Instagram Volvo Car Malaysia.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda