window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Volvo S60 T8 – sedan berkuasa yang layak menang Kereta Mewah Tahun 2020 WapCar - BM?

Zamil Syaheer · Dec 31, 2020 11:04 AM

Volvo S60 T8 – sedan berkuasa yang layak menang Kereta Mewah Tahun 2020 WapCar - BM? 01

Pada bulan Mei 2020, Volvo Malaysia melancarkan Volvo S60 T8 CKD 2020 dengan harga yang sama dengan versi yang diimport pada harga RM 295,888 (termasuk SST). Ciri-ciri serta kelengkapan lebih kurang sama, cuma kini tiada soket 12V di but belakang dan tempat duduk boleh lipat.

Volvo S60 T8 – sedan berkuasa yang layak menang Kereta Mewah Tahun 2020 WapCar - BM? 02

UNDI DISINI!

Ada yang menjangkakan penurunan harga tetapi seperti yang disebutkan oleh Volvo semasa pelancaran versi CBU, harga sebelum ini memang mengikut harga pemasangan tempatan.

Dengan harga di bawah RM 300 ribu, tidak ada saingan langsung yang hampir dengan apa yang ditawarkan oleh Volvo. Angka kuasa dan tork sahaja sudah cukup untuk Volvo S60 T8 mendapat tempat dalam senarai pendek Kereta Tahun 2020 kami.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Volvo S60 T8 – sedan berkuasa yang layak menang Kereta Mewah Tahun 2020 WapCar - BM? 01

Model T8 ini bermakna ia mendapat enjin 2.0 liter berkembar (supercharged dan turbocharged) yang dipadankan dengan sistem hibrid plug-in. Gabungan semua ini menghasilkan 407 PS dan 640 Nm. Gila kentang bukan? Transmisi yang digunapakai adalah 8 kelajuan automatik.

Volvo S60 T8 – sedan berkuasa yang layak menang Kereta Mewah Tahun 2020 WapCar - BM? 02

Nomenklatur T8 juga bermakna bahawa Volvo S60 adalah model pacuan semua roda - enjin menggerakkan roda depan, sementara motor elektrik menggerakkan roda belakang. Volvo mendakwa ia mampu melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa 4.4 saat sahaja.

Volvo S60 T8 – sedan berkuasa yang layak menang Kereta Mewah Tahun 2020 WapCar - BM? 03

Sekiranya itu tidak cukup mengagumkan, S60 T8 dilengkapi dengan kain kulit Nappa, sistem suara Harman Kardon dengan 14 pembesar suara, sistem bantuan pemandu ADAS City Safety, dan Pilot Assist - ciri pemanduan separa autonomi tahap 2, satu-satunya kereta di segmennya dengan kemampuan ini.

Volvo S60 T8 – sedan berkuasa yang layak menang Kereta Mewah Tahun 2020 WapCar - BM? 04

Volvo S60 T8 bukan sahaja menyaingi pesaingnya di atas kertas, malah ia terasa lebih istimewa daripada BMW 330i M Sport ataupun Mercedes-Benz C300 AMG Line. Kabin, ergonomik, dan penentukuran kawalan adalah beberapa contoh terbaik di kelasnya. Inilah sebabnya mengapa Volvo S60 T8 mendapat tempat dalam Anugerah Kereta WapCar Tahun 2020.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Volvo S60 T8 PHEV R-Design

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda