window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Volvo S60 T8 CKD 2020 dilancarkan di Malaysia, harga sama dengan tambahan ciri menarik!

Haris · May 18, 2020 07:00 PM

Volvo S60 T8 CKD 2020 dilancarkan di Malaysia, harga sama dengan tambahan ciri menarik! 01

Volvo Cars Malaysia baru sahaja melancarkan Volvo S60 yang dipasang secara tempatan (CKD) di Malaysia.

Volvo S60 CKD berharga dari RM 295,888 (harga atas jalan, tanpa insurans) sama seperti versi import.

Volvo S60 T8 CKD 2020 dilancarkan di Malaysia, harga sama dengan tambahan ciri menarik! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Seperti model versi CBU, Volvo S60 yang dibuat di Shah Alam ini dilengkapi dengan tren kuasa hibrid plug-in Volvo T8 dan dikuasakan oleh enjin 2.0 liter berkembar (supercharged dan turbocharged) yang dipadankan dengan sistem plug-in hibrid. Kedua-duanya dijangka memberikan kombinasi kuasa sebanyak 407 PS dan 640 Nm, dipadankan dengan transmisi 8 kelajuan automatik.

Volvo S60 T8 CKD 2020 dilancarkan di Malaysia, harga sama dengan tambahan ciri menarik! 01

Nama T8 juga menunjukkan bahawa Volvo S60 adalah model pacuan semua roda - enjinnya memacu roda depan, sementara motor elektrik memacu roda belakang. Volvo S60 T8 ini mampu memecut 0-100 km/j dalam masa 4.4 saat.

Volvo S60 T8 CKD 2020 dilancarkan di Malaysia, harga sama dengan tambahan ciri menarik! 02

S60 T8 juga dipenuhi dengan pelbagai kelengkapan. Ia mendapat pakej reka bentuk luaran R-Design, roda aloi 19-inci dengan jejari 5-triple, kemasan kulit Nappa, sistem audio Harman Kardon dengan 14 pembesar suara, set penuh Keselamatan Bandar ADAS (City Safety ADAS), dan ciri pemanduan separa autonomi Pilot Assist.

Volvo S60 T8 CKD 2020 dilancarkan di Malaysia, harga sama dengan tambahan ciri menarik! 03

Tambahan ciri terbaru pada Volvo S60 T8 CKD adalah but belakang bebas tangan berkuasa dan Bantuan Parkir (Park Assist Pilot). Namun begitu, cangkuk bagi kegunaan jaring utiliti dalam but belakang, soket 12V dan tempat duduk belakang yang boleh dilipat 60:40 tidak lagi ditawarkan.

Volvo Cars Malaysia mula mengeksport S60 yang dipasang secara tempatan ke Thailand pada bulan Februari. S60 T8 CKD sepatutnya dilancarkan pada bulan Mac tetapi terpaksa ditangguhkan akibat wabak pandemik Covid-19.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Volvo S60 T8 PHEV R-Design

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda