window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Volvo S90 Recharge T8 2021 dilancarkan - dari RM 339k, had laju maksima terhad 180 km/j

Haris · Apr 22, 2021 01:00 PM

Volvo S90 Recharge T8 2021 dilancarkan - dari RM 339k, had laju maksima terhad 180 km/j 01

Volvo Cars Malaysia secara rasminya telah melancarkan Volvo S90 facelift 2021. Terdapat 2 varian yang ditawarkan iaitu T5 Momentum dan Recharge T8 Inscription Plus. Model T5 masih belum diumumkan harga manakala model T8 berharga RM 339,314 (harga atas jalan, tak termasuk insurans).

Volvo S90 Recharge T8 2021 dilancarkan - dari RM 339k, had laju maksima terhad 180 km/j 02

Mengikut Volvo XC40 T5 Recharge yang baru dilancarkan, Volvo S90 T8 kini mendapat tanda nama 'Recharge' untuk menandakan peralihan ke era elektrifikasi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Volvo S90 Recharge T8 2021 dilancarkan - dari RM 339k, had laju maksima terhad 180 km/j 01

Perubahan luaran tidak begitu berubah dengan model Volvo S90 pra-facelift. Bumper depan menerima rekaan semula dengan jalur krom sepanjang kelebaran kereta. Lampu kabus juga lebih kecil.

Volvo S90 Recharge T8 2021 dilancarkan - dari RM 339k, had laju maksima terhad 180 km/j 02

Di bahagian belakang, lampu menerima rekaan grafik yang disemak semula dengan reka bentuk tiga dimensi. Lampu isyarat berjujukan (sequential turn signal) juga dipaparkan. Bumper belakang mendapat jalur krom mendatar juga dengan hujung ekzos yang telah 'ditumpulkan'.

Volvo S90 Recharge T8 2021 dilancarkan - dari RM 339k, had laju maksima terhad 180 km/j 03

Kedua-dua varian ini dilengkapi dengan rim 19-inci rekaan jejari multispoke, dibalut dengan tayar berprofil 255/40.

Volvo S90 Recharge T8 2021 dilancarkan - dari RM 339k, had laju maksima terhad 180 km/j 04

Pada bahagian kabin, perubahan juga sederhana. Model T8 Inscription Plus menggunakan tombol gear kristal Orrefors yang direka bentuk semula dan soket 12V di belakang kini digantikan dengan 2 port pengecasan USB-C. Pelanggan dapat memilih kemasan dalaman Pitch Oak atau Gray Ash.

Volvo S90 Recharge T8 2021 dilancarkan - dari RM 339k, had laju maksima terhad 180 km/j 05

Dari segi kelengkapan, kedua-dua varian mendapat sambungan Apple CarPlay / Android Auto Varian T8 Inscription Plus mendapat sistem suara Bowers & Wilkins yang lebih baik dengan amplifier dan pembatalan bunyi hingar, serta tempat duduk kulit Nappa.

Volvo S90 Recharge T8 2021 dilancarkan - dari RM 339k, had laju maksima terhad 180 km/j 06

Tidak ada perubahan yang dilakukan pada aspek trenkuasa; varian T8 mendapat 2.0 liter turbocharged dan supercharged 2.0 liter 4 silinder yang dipasangkan dengan automatik 8-kelajuan yang menggerakkan roda depan, sementara motor elektrik menggerakkan roda belakang, menghasilkan output gabungan 407 PS dan 640 Nm tork.

Volvo S90 Recharge T8 2021 dilancarkan - dari RM 339k, had laju maksima terhad 180 km/j 07

Sementara itu, T5 Momentum menggunakan turbocharged 2.0-liter 4-silinder menghasilkan 254 PS dan 350 Nm tork, dipasangkan dengan automatik 8-kelajuan yang menggerakkan roda depan.

Volvo S90 Recharge T8 2021 dilancarkan - dari RM 339k, had laju maksima terhad 180 km/j 08

Seperti yang dijangkakan dari Volvo, kedua-dua varian S90 hadir dengan rangkaian lengkap ADAS dengan Lane Keep Assist (LKA), Amaran Perlanggaran Depan & Belakang, Rear Cross Traffic Alert (RCTA), Blind Spot Information System (BLIS), dan Adaptive Cruise Control (ACC) dengan Pilot Assist.

Volvo S90 Recharge T8 2021 dilancarkan - dari RM 339k, had laju maksima terhad 180 km/j 09

Varian T8 menambah fungsi pada Park Assist Pilot dengan Parallel Parking & Perpendicular Parking dan kamera 360 darjah Surround View.

Volvo S90 Recharge T8 2021 dilancarkan - dari RM 339k, had laju maksima terhad 180 km/j 10

Volvo S90 facelift 2021 dilindungi oleh jaminan jarak tempuh tanpa had selama 5 tahun. Untuk varian Recharge T8, jaminan bateri hibrid dilindungi oleh jaminan 8 tahun / 160,000 km, tertakluk kepada mana yang datang terlebih dahulu.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Volvo S90 T5 Momentum

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda