![Volvo SELEKT, cara jimat untuk miliki Volvo dengan bajet rendah 01]()
Nak beli kereta Volvo dengan harga yang lebih rendah lagi berbaloi?
Volvo Car Malaysia telah melancarkan program kereta terpakai 360 total-care yang dipanggil Volvo SELEKT. Program ini diasaskan untuk menawarkan kecemerlangan dan kualiti yang sama seperti kereta Volvo baharu tetapi pada harga yang lebih menarik.
Volvo SELEKT menjanjikan pengalaman premium bagi pelanggan melalui servis dan jaminan kualiti yang istimewa. Setiap kereta Volvo terpakai dibawah program Volvo SELEKT dijamin berumur bawah lima tahun dan mempunyai jarak tempuh kurang daripada 100,000 km. Kereta yang terpilih juga akan menerima pemeriksaan 125-point serta perisian yang dinaiktaraf kepada teknologi terkini.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Sebarang alat ganti akan diganti dengan barangan Volvo yang asli supaya kereta sedia untuk dipandu pada prestasi optimum. Semua servis dan naiktaraf akan dilakukan sendiri oleh juruteknik Volvo terlatih.
![Volvo SELEKT, cara jimat untuk miliki Volvo dengan bajet rendah 01]()
Nampak berbaloi, bukan? Tambahan pula, pemilik Volvo SELEKT akan diberi waranti minimum 12 bulan, pakej servis maintenance selama setahun (VSA 1) serta 12 bulan Roadside Assistance secara percuma.
Pelanggan juga boleh memilih rangkaian aksesori yang sesuai dengan gaya hidup masing-masing – rugged, smart, family atau protective. Bagi pemandu aktif yang inginkan pengalaman memandu yang lebih dinamik, pakej pengoptimuman Polestar boleh ditambah pada model Volvo terpilih. Pakej pilihan ini menawarkan respon yang dipertingkatkan, lebih tepat, tajam dan reaksi tinggi dari kereta.
Nalin Jain, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia berkata Volvo SELEKT menjanjikan yang pelanggan akan menerima tahap kualiti dan servis yang sama seperti kereta Volvo baharu, tetapi pada pakej yang memenuhi keperluan kewangan mereka.
![Volvo SELEKT, cara jimat untuk miliki Volvo dengan bajet rendah 02]()
Program Volvo SELEKT buat masa ini hanya boleh didapati di Sisma Auto Glenmarie SELEKT Centre. Lebih banyak pengedar akan diumumkan kelak. Untuk dapatkan maklumat lanjut berkenaan program ini berserta tawarannya, sila lawati laman web rasmi Volvo Malaysia.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });