window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Volvo XC40 Recharge T5 2021 dilancarkan - Hibrid plug-in, 262 PS, dari RM 242k

Faisal · Feb 25, 2021 11:38 AM

Volvo XC40 Recharge T5 2021 dilancarkan - Hibrid plug-in, 262 PS, dari RM 242k 01

Sebentar tadi, Volvo Cars Malaysia baru sahaja melancarkan variant terbaru buat SUV premium kompak mereka, iaitu Volvo XC40 Recharge T5 R-Design. Didatangkan sebagai model hibrid yang dipasang tempatan (CKD), harganya bermula dari RM 241,997 (harga atas jalan, tidak termasuk insurans dan cukai SST (potongan 100% – sah sehingga 31 Jun 2021).

Volvo XC40 Recharge T5 2021 dilancarkan - Hibrid plug-in, 262 PS, dari RM 242k 02

Berbanding varian T5 yang biasa, varian hibrid plug-in yang dikenali sebagai ‘Recharge’ ini berharga lebih kurang

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Volvo XC40 Recharge T5 2021 dilancarkan - Hibrid plug-in, 262 PS, dari RM 242k 01

Didatangkan dengan satu varian sahaja, model hibrid plug-in ini dilengkapkan sekali dengan pakej kosmetik R-Design yang datang dengan rim 19 inci dan bumbung berwarna hitam.

Trenkuasa

Volvo XC40 Recharge T5 2021 dilancarkan - Hibrid plug-in, 262 PS, dari RM 242k 02

Mengenai tren kuasa, Volvo XC40 Recharge T5 R-Design hadir dengan enjin 1.5L turbo 3 silinder (180 PS, 265 Nm tork) yang dipadankan dengan transmisi DCT 7 kelajuan klac basah. Untuk maklumat anda, trenkuasa ini adalah sama seperti yang ada pada Proton X50.

Volvo XC40 Recharge T5 2021 dilancarkan - Hibrid plug-in, 262 PS, dari RM 242k 03

Sebagai sebuah hibrid, ia disokong oleh motor elektrik yang menghasilkan kuasa sebanyak 82 PS dan 160 Nm tork. Jika digabungkan, SUV premium kompak yang berpacuan roda depan ini boleh menghasilkan kuasa sehingga 262 PS dan 425 Nm tork. Pecutan 0-100 km/j pula boleh diselesaikan dalam masa 7.3 saat sahaja.

Volvo XC40 Recharge T5 2021 dilancarkan - Hibrid plug-in, 262 PS, dari RM 242k 04

Namun demikian, varian hibrid plug-in bukanlah untuk prestasi semata-mata. Ia lebih dikhususkan untuk penjimatan minyak. Disebabkan itu, Volvo XC40 Recharge T5 R-Design hanya mengguna petrol sebanyak 2.2 liter/100 km. Malah, ia boleh memandu secara elektrik sehingga 40 km.

Ciri keselamatan

Volvo XC40 Recharge T5 2021 dilancarkan - Hibrid plug-in, 262 PS, dari RM 242k 05

Secara standard, Volvo XC40 Recharge T5 R-Design datang dengan ciri bantuan keselamatan ADAS IntelliSafe yang penuh. Teknologi ini merangkumi:

  • City Safety AEB
  • Front and Rear Collision Warning dengan Mitigation Support
  • Lane Keeping Aid (LKA)
  • Run-Off Road Mitigation dengan Road Edge Detection
  • Blindspot Information System (BLIS)
  • Cross Traffic Alert (CTA) dengan autobrake

Warranti

Volvo XC40 Recharge T5 2021 dilancarkan - Hibrid plug-in, 262 PS, dari RM 242k 06

Secara standard, Volvo XC40 Recharge T5 R-Design didatangkan dengan warranti selama 5 tahun tanpa had perbatuan. 50 pembeli terawal yang menempah secara dalam talian akan mendapat headphones wireless jenama Bowers & Wilkins PX5 yang bernilai RM 2,800. Jadi tunggu apa? Buat tempahan anda di sini.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Volvo XC40 Recharge T5 R-Design

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda