window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

VPCM akan lancar VW Arteon 4Motion R-Line facelift 2021 di Malaysia dengan 280 PS!

Faisal · Jun 14, 2021 11:00 AM

VPCM akan lancar VW Arteon 4Motion R-Line facelift 2021 di Malaysia dengan 280 PS! 01

Ingat lagi tak Volkswagen Arteon 4Motion R-Line yang dipertonton di pertunjukan jalanan Volkswagen di Setia Alam pada tahun 2018?

VPCM akan lancar VW Arteon 4Motion R-Line facelift 2021 di Malaysia dengan 280 PS! 02

Model pra-facelift spec Singapura yang dipertonton pada tahun 2018.

Kalau anda nak tahu, jentera tersebut mempunyai enjin 2.0L TSI (280 PS/400 Nm tork) yang dipadankan dengan transmisi DCT 7 kelajuan sekali dengan pacuan semua roda 4Motion jenis Haldex. Kiranya, ia menggunakan trenkuasa Golf R. Menariknya, tempahan untuk Arteon yang eksklusif ini dibuka pada Julai 2019 dengan anggaran harga di antara RM 290k ke RM 310k.

VPCM akan lancar VW Arteon 4Motion R-Line facelift 2021 di Malaysia dengan 280 PS! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tetapi yang beransur ke pasaran kita hanyalah Arteon R-Line yang berpacuan roda depan dengan enjin 190 PS, 320 Nm tork. Beberapa hari lepas, Volkswagen Passenger Cars Malaysia telah mengesahkan bahawa tidak lama lagi, mereka akan melancarkan Arteon R-Line 4Motion.

Juga bacaVW Arteon 2020 baru dilancarkan di Malaysia: 190 PS, 320 Nm, berharga RM 221k

VPCM akan lancar VW Arteon 4Motion R-Line facelift 2021 di Malaysia dengan 280 PS! 01

Untuk maklumat anda, laman rasmi VPCM telah membuka pendaftaran minat untuk pembeli.

Malah, elemen lampu baru juga dilihat dalam laman tersebut. Tidak cukup dengan itu, logo R terkini yang dimuat naik di Instagram VPCM jelas menunjukkan bahawa ia adalah Arteon facelift.

VPCM akan lancar VW Arteon 4Motion R-Line facelift 2021 di Malaysia dengan 280 PS! 02

Untuk pengetahuan anda, Arteon facelift hadir dengan bampar depan yang berlainan serta lampu depan dan belakang yang baru. Pada bahagian dalam, terdapat larasan penyaman udara jenis gelangsar sesentuh, roda stereng baru, dan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar.

VPCM akan lancar VW Arteon 4Motion R-Line facelift 2021 di Malaysia dengan 280 PS! 03

Sistem bantuan pemandu ADAS pula digantikan dengan nama IQ.Drive. Kini, ia boleh memandu secara semi-automated dari 0 – 210 km/j. Kamera undur untuk Arteon facelift juga dinaik taraf kepada 170 darjah.

VPCM akan lancar VW Arteon 4Motion R-Line facelift 2021 di Malaysia dengan 280 PS! 04

Apapun, spesifikasi untuk pasaran kita masih belum dapat dipastikan. Sebelum ini, Arteon R-Line 4 Motion dikhabar akan hadir sebagai model CBU dari Jerman.

VPCM akan lancar VW Arteon 4Motion R-Line facelift 2021 di Malaysia dengan 280 PS! 05

Menariknya, bahagian kereta pra-milik VPCM sendiri iaitu Das Welt Auto pernah menjual seunit tetapi model pra-facelift. Kereta untuk kegunaan dalaman VPCM (bukan unit yang sama di pertunjukan jalanan 2018) itu ditawarkan dengan harga RM 269k.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Volkswagen Arteon R-Line 4 Motion

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda