window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

VPCM menganugerahkan pengedar terbaik 2022 kepada VW Alor Setar, pemenang 2 tahun berturut!

Faisal · May 29, 2023 01:00 PM

VPCM menganugerahkan pengedar terbaik 2022 kepada VW Alor Setar, pemenang 2 tahun berturut! 01

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) baru-baru ini menganjurkan acara 2022 Dealer of the Year Awards di Johor untuk menghargai sumbangan dan prestasi rangkaian pengedar mereka di seluruh negara.

Anugerah tersebut disertai oleh kesemua 17 pengedar Volkswagen di seluruh Malaysia dan panel juri menilai prestasi pengedar dari Januari hingga Disember 2022. Antara aspek yang dinilai adalah jualan dan pemasaran, perkhidmatan selepas jualan, kepuasan pelanggan, piawaian standard pengedar dan kelayakan tenaga kerja.

VPCM menganugerahkan pengedar terbaik 2022 kepada VW Alor Setar, pemenang 2 tahun berturut! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dan pemenang anugerah Dealer of the Year 2022 masih jatuh kepada Lee Motors Autohaus (Volkswagen Alor Setar). Untuk makluman anda, tahun lepas, anugerah ini turut dirangkul oleh pengedar sama.

Pemenang tempat seterusnya pula adalah seperti di bawah:

  • MHV Autohaus (Volkswagen Gombak) – tempat ke-2
  • Goh Brothers Motor (Volkswagen Juru) – tempat ke-3
  • PHS Autohaus (Volkswagen Puchong) – kategori Das WeltAuto

Juga bacaVPCM & MHV Autohaus lancar Das WeltAuto Gombak, pengedar individu kereta pra-milik VW pertama di Malaysia!

VPCM menganugerahkan pengedar terbaik 2022 kepada VW Alor Setar, pemenang 2 tahun berturut! 01

Secara amnya, kesemua pemenang dipacu oleh tenaga kerja yang berkualiti dan mempunyai sikap berdaya saing. Dan pemenang dari segi individu adalah seperti berikut:

  • Chong Sze Yan (WN Motorworld) - Best Sales Manager
  • Azharul Sham Hamsah (MHV Autohaus) - Best Sales Consultant
  • Loh Sing Hoong (MHV Autohaus) - Best Aftersales Manager
  • Muhammad Izzat Che Adnan (Lee Motors Autohaus) - Best Parts Manager
  • Soo Boon Hou (Goh Brothers Motor) - Best Service Advisor
  • Khairul Humaidi Shamsudin (N3 Auto) - Best Technician

Ulas Erik Winter selaku Pengarah Urusan VPCM, “Kami amat berbesar hati untuk menyampaikan anugerah kepada pengedar yang layak serta pekerja yang cemerlang di atas prestasi jualan dan perkhidmatan selepas jualan yang cukup hebat.

“Kami berharap agar anugerah ini akan membakar semangat ramai untuk memberi kualiti terbaik terhadap pelanggan. Tahniah buat semua pemenang.”

Juga bacaPengedar terbaik VPCM, kakitangan cemerlang diraikan di Anugerah Pengedar 2022

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda