window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

VTEC, apa tu? Honda HR-V 2022 khusus e:HEV berjaya kumpul 6,500 pembeli Thai dalam masa 1 bulan

Mersita · Dec 31, 2021 08:00 PM

VTEC, apa tu? Honda HR-V 2022 khusus e:HEV berjaya kumpul 6,500 pembeli Thai dalam masa 1 bulan 01

Honda Automobile (Thailand) Co., Ltd. telah mendedahkan yang Honda HR-V 2022 serba baru telahpun menerima lebih daripada 6,500 tempahan dalam masa hanya sebulan selepas pelancarannya.

Berbeza dengan HR-V generasi terdahulu, Honda HR-V 2022 serba baru ini hanya boleh didapati sebagai hibrid setakat ini di Thailand.

VTEC, apa tu? Honda HR-V 2022 khusus e:HEV berjaya kumpul 6,500 pembeli Thai dalam masa 1 bulan 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Enjin i-VTEC 1.8 liter ‘naturally aspirated’ dalam model terdahulu sejak itu telah digugurkan bagi memberi laluan kepada enjin hibrid dwi-motor e:HEV 1.5 liter – enjin sama yang menguasakan varian-varian e:HEV bagi Honda City 2020 dan Honda City Hatchback 2020.

Bagaimanapun, pek baterinya telah dinaiktaraf dari 48 sel (seperti dalam City/City Hatchback) kepada 60 sel.

VTEC, apa tu? Honda HR-V 2022 khusus e:HEV berjaya kumpul 6,500 pembeli Thai dalam masa 1 bulan 01

Enjin i-VTEC berkitaran Atkinson 1.5 liter itu menjana 106 PS dan 127 Nm, dengan dibantu oleh motor elektrik 131 PS / 253 Nm. Motor elektrik kedua berfungsi sebagai ‘starter’ dan penjana bagi mengecas pek baterinya.

Selalunya, pacuan digerakkan sepenuhnya oleh motor elektrik ini. Enjin pula mula memacu hanya apabila tahap cas bateri sudah rendah, atau ketika dipandu pada kelajuan lebuh raya / bebanan enjin.

VTEC, apa tu? Honda HR-V 2022 khusus e:HEV berjaya kumpul 6,500 pembeli Thai dalam masa 1 bulan 02

Kadar penggunaan minyak dikatakan berada pada tahap 25.6 km/liter (3.9 liter/100 km). Namun, berbeza dengan HR-V terdahulu, enjin ini tidak serasi dengan E85 gasohol bio-fuel, dan hanya boleh berfungsi dengan bahan api sehingga E20 gasohol.

Di Thailand, HR-V ditawarkan dalam tiga varian e:HEV – E, EL, dan RS. Harganya bermula dari THB 979,000 hingga THB 1,179,000 (kira-kira RM 123,000 hingga RM 148,000).

Baca juga: 2022 Honda HR-V generasi baru dilancarkan di Thailand - 1.5L hibrid, harga dari RM 123k

VTEC, apa tu? Honda HR-V 2022 khusus e:HEV berjaya kumpul 6,500 pembeli Thai dalam masa 1 bulan 03

Di Malaysia pula, kami tidak jangkakan yang Honda HR-V 2022 akan dilancar dalam masa terdekat. Mula-mula, kita kena tunggu Honda Malaysia melancarkan Honda Civic 2022. Tempahan bagi sedan segmen C itu kini sudah dibuka namun harganya belum lagi didedahkan.

VTEC, apa tu? Honda HR-V 2022 khusus e:HEV berjaya kumpul 6,500 pembeli Thai dalam masa 1 bulan 04

Pada Ogos lalu, Honda Malaysia telah menaiktaraf HR-V Hybrid generasi terkini dengan lampu hadapan LED (harga dari RM 113,954).

Baca juga: Honda HR-V Hybrid 2021 diperbaharui di Malaysia, kini ada lampu LED, bermula RM 114k

VTEC, apa tu? Honda HR-V 2022 khusus e:HEV berjaya kumpul 6,500 pembeli Thai dalam masa 1 bulan 05

Dua bulan kemudian, syarikat itu memperkenalkan HR-V SE edisi terhad yang dinaiktaraf dengan pemantau titik buta, amaran lintasan trafik belakang, dan amaran pintu dibuka. Ia dijual pada harga RM 105,364.

Baca juga: Gambaran dekat: Honda HR-V SE 2021, varian terakhir untuk B-SUV yang memulakan segalanya

VTEC, apa tu? Honda HR-V 2022 khusus e:HEV berjaya kumpul 6,500 pembeli Thai dalam masa 1 bulan 06

Kami anggarkan yang Honda HR-V 2022 serba baru ini belum dapat dilancarkan di pasaran Malaysia sebelum separuh kedua 2022.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda