window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Vulcan S! model 'Cruiser' pertengahan bergaya, mantap dari Kawasaki

Khairil · Jan 4, 2021 10:00 AM

Vulcan S! model 'Cruiser' pertengahan bergaya, mantap dari Kawasaki 01

Kawasaki Vulcan S yang diperkenalkan di pasaran Malaysia pada 2015 sememangnya berjaya mencetus 'hype' dan menarik perhatian ramai peminat motosikal 'Cruiser' ketika itu.

Apa tidaknya, ia datang dengan pelbagai penambahbaikkan dan paling utama, reka bentuknya yang moden dan segar selain dipadankan dengan pelbagai teknologi terkini.

Vulcan S! model 'Cruiser' pertengahan bergaya, mantap dari Kawasaki 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berpandukan populariti, model Vulcan yang sudah berada di pasaran negara sejak tahun 1980-an ini sememangnya cukup terkenal kerana ia menjadi pilihan kepada peminat motosikal bergaya Harley Davidson.

Tetapi untuk menambah tarikan bagi model pertengahan iaitu Vulcan S, ketika ia dilancarkan, jentera yang pernah mendapat julukan 'Harley Jepun' ini yang berada pada julat harga di bawah RM30,000.

Vulcan S! model 'Cruiser' pertengahan bergaya, mantap dari Kawasaki 01

Sumber imej: YouTube

Dari sudut kuasa, Vulcan S dengan enjin 649cc, 4 lejang, silinder berkembar V, penyejuk cecair, DOHC, 8-injap dengan suntikan bahan api.

Seperti yang diketahui, ia enjin yang sama daripada model laris Kawasaki ER6 dan Ninja 650 namun menggunakan talaan berbeza untuk model jenis cruiser.

Vulcan S! model 'Cruiser' pertengahan bergaya, mantap dari Kawasaki 02

Justeru, ia mampu memberikan pemiliknya tunggangan yang lancar dan jika diperlukan, ia boleh memberikan tindak balas yang dikendaki.

Selain itu, Vulcan S turut dilengkapi dengan sistem Economical Riding Indicator yang menggunakan kawalan elektronik ketepatan tinggi untuk pengurusan enjin termasuk memantau penggunaan bahan api.

Vulcan S! model 'Cruiser' pertengahan bergaya, mantap dari Kawasaki 03

Dari sudut keselesaan tunggangan, sistem suspensi Vulcan S adalah dari jenis fork teleskopik 41mm pada bahagian depan, manakala belakang dari jenis offset laydown single-shock dengan ciri adjustable preload 7 tetapan.

Sistem brek depan menggunakan cakera tunggal bersaiz 300mm manakala cakera tunggal 250mm untuk brek belakang dan ia mencukupi bagi jentera sebesar Vulcan S.

Vulcan S! model 'Cruiser' pertengahan bergaya, mantap dari Kawasaki 04

Sumber imej: Facebook

Dari sudut egronomik tempat duduk, Vulcan S mampu memberikan keselesaan tunggangan kepada pemiliknya menerusi ciri yang dikenali sebagai Ergo-Fit.

Ergo-fit membolehkan kedudukan hendal bar, perehat kaki dan tempat duduk diubah berdasarkan kepada ketinggian penunggang dan sistem itu mempunyai tiga mod yang boleh disesuaikan kepada beberapa jenis ketinggian penunggang.

Vulcan S! model 'Cruiser' pertengahan bergaya, mantap dari Kawasaki 05

Sumber imej: Facebook

Kualiti pengendaliannya pula banyak dibantu oleh posisi hendal yang rendah dan ringan. Di samping tapak roda yang panjang dan tubuhnya yang tidak terlalu berat.

Di pasaran antarabangsa, Vulcan S terus mendapat versi baharu dan untuk model 2021, ia didatangkan dengan dua warna baharu iaitu -  hitam dan biru dan kelabu dan hitam bersama jalur merah.

Vulcan S! model 'Cruiser' pertengahan bergaya, mantap dari Kawasaki 06

Begitupun, tiada perubahan ketara dari sudut kuasa atau mekanikal berbanding model sebelumnya.

Berdasarkan kepada rebiu pemilik jentera ni, rata-rata menyatakan Vulcan S sememangnya memberikan pengalaman tunggangan yang hebat kepada mereka malah tidak begitu menakutkan buat mereka yang kali pertama menunggang motosikal dalam segmen berkenaan.

Vulcan S! model 'Cruiser' pertengahan bergaya, mantap dari Kawasaki 07

Berpandukan kepada laman web jual beli, tiada Vulcan S kondisi baharu diiklankan hanya Vulcan S terpakai dijual dengan harga sekitar RM19,000 sehingga RM22,000 mengikut tahun pembuatan.

Begitupun, model berkenaan masih ada di laman web Kawasaki Malaysia dengan 'abangnya', Kawasaki Vulcan 900 classic baharu masih ada diiklankan dengan harga bermula RM49,998.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda