window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

VW Arteon 2020, Passat R-Line dan Tiguan Allspace akan didebut di Malaysia pada 12 Ogos!

Mersita · Aug 10, 2020 04:00 PM

VW Arteon 2020, Passat R-Line dan Tiguan Allspace akan didebut di Malaysia pada 12 Ogos! 01

Volkswagen Passenger Cars Malaysia akan memperkenalkan tiga model baharu minggu ini - Volkswagen Arteon R-Line 2020, Volkswagen Passat R-Line dan juga Volkswagen Tiguan Allspace!

Ketiga-tiga model ini akan ditayangkan di Volkswagen Tour yang akan berlangsung di 1 Utama Shopping Centre bermula 12 Ogos sehingga 16 Ogos 2020.

VW Arteon 2020, Passat R-Line dan Tiguan Allspace akan didebut di Malaysia pada 12 Ogos! 02

Arteon 4Motion R-Line

Arteon R-Line mempunyai tren kuasa pacuan roda hadapan yang sama dengan Passat Elegance terbaru – enjin TSI 4 silinder 2.0 liter yang menjana 190 PS dan 320 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik dwi-klac jenis basah dengan 7 kelajuan (DSG).

VW Arteon 2020, Passat R-Line dan Tiguan Allspace akan didebut di Malaysia pada 12 Ogos! 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Di samping itu, Passat R-Line pula akan diberi pakej yang lebih ‘sporty’ pada bampar hadapan dan belakangnya supaya padan dengan rekaan rimnya yang baharu. Maklumat terperinci tentang tren kuasanya akan diumumkan ketika pelancarannya kelak.

VW Arteon 2020, Passat R-Line dan Tiguan Allspace akan didebut di Malaysia pada 12 Ogos! 01

Tiguan Allspace R-Line

Jika anda nakkan sesuatu yang lebih besar, Tiguan Allspace akan ditayangkan dengan 2 varian – Highline dan R-Line. Allspace ialah varian dengan 7 tempat duduk dan kedua-duanya juga boleh jadi didatangkan dengan aksesori tambahan di luaran dan dalaman kereta.

Selain daripada model-model serba baharu ini, Vento Join, Golf R-Line dan Passat Elegance juga akan ditayangkan bersama. Pengunjung boleh memandu-uji model-model yang dipamerkan nanti dan menikmati promosi serta tawaran istimewa.

Pameran ini akan dijalankan sambil patuh kepada tatacara PKPP, oleh itu jangan lupa bawa topeng muka anda!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Volkswagen Arteon R-Line 4 Motion

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda