window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

VW Arteon R-Line 4Motion facelift 2021 bakal dilancarkan di Malaysia jumaat ini

Faisal · Jul 12, 2021 07:00 PM

VW Arteon R-Line 4Motion facelift 2021 bakal dilancarkan di Malaysia jumaat ini 01

Setelah beberapa kali diiklankan, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) akhirnya akan melancarkan Volkswagen Arteon R-Line 4Motion facelift pada 16 Julai, iaitu Jumaat ini!

Siaran langsung akan dibuat di laman Facebook dan Youtube bermula jam 12.30 tengah hari.

VW Arteon R-Line 4Motion facelift 2021 bakal dilancarkan di Malaysia jumaat ini 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walaupun dengan kekangan PKP yang sedang berkuat kuasa di Malaysia, sambutan buat ketibaan Volkswagen Arteon R-Line 2021 tetap luar biasa. Tidak sampai sebulan, jumlah tempahan yang diterima telahpun melebihi sasaran VPCM sendiri. Untuk maklumat anda, Arteon terbaru mempunyai harga anggaran RM 245,000 ke RM 255,000.

Juga bacaVW Arteon R-Line 4Motion facelift CKD 2021 dibuka tempahan, RM 245k – RM 255k, 280 PS!

VW Arteon R-Line 4Motion facelift 2021 bakal dilancarkan di Malaysia jumaat ini 01

Model spec UK.

Menurut Pengarah Urusan VPCM, respon luar biasa yang diterima sejak tempahannya dibuka berkait rapat dengan produk yang menawarkan prestasi dan gaya dalam satu pakej yang menarik.

VW Arteon R-Line 4Motion facelift 2021 bakal dilancarkan di Malaysia jumaat ini 02

Apa yang membezakannya daripada Arteon R-Line sebelum ini ialah hembusan tenaga sehingga 280 PS dan 350 Nm tork (model facelift di Eropah dapat 400 Nm tork). Kuasa sebanyak ini diurus oleh transmisi DCT 7 kelajuan tetapi eksklusif buat Arteon kali ini ialah sistem pacuan semua roda 4Motion.

VW Arteon R-Line 4Motion facelift 2021 bakal dilancarkan di Malaysia jumaat ini 03

Antara ciri yang ada ialah Dynamic Chassis Control (DCC) yang mana pemandu boleh melaras karakter suspensi, stereng, dan trenkuasa.

Ciri keselamatan yang dilengkapkan pada Arteon facelift pula termasuklah:

  • Lane Assist (Lane Keep Assist, LKA)
  • Side Assist (Blind Spot Monitor, BSM)
  • Driver Alert

VW Arteon R-Line 4Motion facelift 2021 bakal dilancarkan di Malaysia jumaat ini 04

Namun begitu, kawalan pelayaran adaptif dan brek kecemasan autonomi masih dikecualikan.

Warna yang ditawarkan pula merangkumi pilihan antara:

  • Lapiz Blue
  • Manganese Grey
  • Pyrite Silver
  • Deep Black
  • Oryx White

Juga bacaTempahan cecah sasaran, VW Arteon R-Line 2021 akan dilancar di Malaysia tidak lama lagi

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Volkswagen Arteon R-Line 4 Motion

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda