window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

VW Golf GTI Mk6 & Mk7: Hothatch kegemaran Malaysia, baloi beli 'second hand'?

Faisal Β· Jan 11, 2021 08:00 PM

VW Golf GTI Mk6 & Mk7: Hothatch kegemaran Malaysia, baloi beli 'second hand'? 01

Kehangatan hothatch dari Eropah bermula sejak abad ke-21 dimana ia seringkali dikaitkan dengan Volkswagen Golf GTI. Bagi anda yang belum tahu, hothatch bermaksud kereta jenis hatchback tetapi lebih β€œhot”. Sebagai sebuah hatchback, ia mempunyai keseimbangan dari segi saiz dan praktikal. Ditambah pula dengan prestasi yang lebih tinggi, hothatch sering dianggap sebagai kereta yang mempuyai pakej terbaik.

VW Golf GTI Mk6 & Mk7: Hothatch kegemaran Malaysia, baloi beli 'second hand'? 02

Profil sisi yang mengekalkan identiti sebuah hatchback sehingga ke generasi sekarang

Mengenai Volkswagen Golf GTI, ia telah menjadi satu ikon di dalam industri permotoran. Kebiasaannya, hothatch tidaklah begitu selesa untuk kegunaan harian kerana ia lebih mengutamakan aspek pemanduan. Dengan kejuruteraan Jerman yang cukup terkemuka, Volkswagen Golf GTI berjaya dihasilkan untuk mereka yang ingin memandu hothatch secara harian.

VW Golf GTI Mk6 & Mk7: Hothatch kegemaran Malaysia, baloi beli 'second hand'? 03

Perbandingan visual belakang diantara Mk6 & Mk7

Selain talaan suspensi yang cukup selesa dan kabin yang cukup praktikal, Golf GTI juga memberikan pengalaman pemanduan hothatch yang cukup solid. Ditambah pula dengan padanan enjin turbo TSI dan transmisi dwi-klac DSG, hatchback segmen C yang lebih β€œpanas” ini sememangnya cukup mempesonakan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

VW Golf GTI Mk6 & Mk7: Hothatch kegemaran Malaysia, baloi beli 'second hand'? 01

Atas: Kabin Mk6, Bawah: Kabin Mk7

Dengan harga kini yang jauh lebih rendah buat generasi Mk6 dan Mk7, adakah hothatch yang cukup glamor ini berbaloi untuk dibeli? Mari kita lihat aspek penyelenggaraan terlebih dahulu.

Isu dan permasalahan

VW Golf GTI Mk6 & Mk7: Hothatch kegemaran Malaysia, baloi beli 'second hand'? 02

Contitech Automobiles

Secara umumnya, Volkswagen Golf GTI Mk6 dan Mk7 mempunyai jangka hayat yang baik untuk kategori kereta kontinental. Namun begitu, ia bukanlah tanpa sebarang isu. Kami telah merujuk Encik Yazid dari Contitech Automobiles untuk mengetahui isu umum mengenai kedua-dua generasi Mk6 dan Mk7.

VW Golf GTI Mk6 & Mk7: Hothatch kegemaran Malaysia, baloi beli 'second hand'? 03

Imej: DSG Motorsports

Antara masalah yang sering dihadapi oleh pemilik Golf GTI Mk6 dan Mk7 ialah kegagalan water pump dan kebocoran radiator pada sistem penyejukan dimana ia boleh mengakibatkan enjin overheat. Anggaran kos untuk menggantikan komponen ini beserta cecair coolant yang baru adalah sekitar RM 1,100 – RM 1,600.

VW Golf GTI Mk6 & Mk7: Hothatch kegemaran Malaysia, baloi beli 'second hand'? 04

Imej: Carcomplaints

Selain itu, kedua-dua generasi ini juga terkenal dengan isu kegagalan wheel speed sensor dimana ia boleh mengganggu kecekapan brek dan kawalan kestabilan kenderaan. Kos untuk menggantikan komponen ini adalah sekitar RM 250 untuk setiap roda.

VW Golf GTI Mk6 & Mk7: Hothatch kegemaran Malaysia, baloi beli 'second hand'? 05

Reddit

Antara masalah umum yang lain ialah kegagalan pengesan oksigen (O2 sensor) dimana ia boleh menjejaskan penjimatan minyak. Anggaran kos untuk menggantikan sensor ini adalah sekitar RM 700.

VW Golf GTI Mk6 & Mk7: Hothatch kegemaran Malaysia, baloi beli 'second hand'? 06

Carousell

Di samping itu, kebanyakan pemilik menghadapi isu enjin misfire dimana salah satu daripada silinder terhenti akibat spark plug yang tidak dihidupkan. Hal ini berpunca dari kegagalan fungsi ignition coil. Kos untuk menggantikan komponen ini adalah sekitar RM 170 – RM 200 untuk seunit.

VW Golf GTI Mk6 & Mk7: Hothatch kegemaran Malaysia, baloi beli 'second hand'? 07

Imej: Pelicanparts

Antara isu khusus berkenaan Golf GTI Mk6 ialah pada belt tensioner dimana enjin boleh jadi bising apabila ia sudah longgar. Anggaran kos untuk menyelesaikan isu ini adalah sekitar RM 120 – RM 170.

VW Golf GTI Mk6 & Mk7: Hothatch kegemaran Malaysia, baloi beli 'second hand'? 08

Imej: CarMan

Kebanyakan pemilik Golf GTI Mk6 juga sering mengalami masalah kegagalan compressor penyaman udara. Kos untuk menukar ke unit yang baru adalah sekitar RM 1,800. Bercakap mengenai penyaman udara yang menyejukkan bahagian kabin, kebanyakan pemilik menghadapi isu pada kemasan bumbung yang sudah tidak kemas.

VW Golf GTI Mk6 & Mk7: Hothatch kegemaran Malaysia, baloi beli 'second hand'? 09

Imej: Hardrace

Mengenai isu umum pada Golf GTI Mk7 pula, pemilik sering melaporkan masalah bunyi pada suspensi depan dimana ia melibatkan bearing dan bracket pada lower arm. Anggaran kos untuk membaiki isu ini adalah sekitar RM 550 – RM 1,000.

VW Golf GTI Mk6 & Mk7: Hothatch kegemaran Malaysia, baloi beli 'second hand'? 10

Imej: Quattrozone

Di samping itu, enjin yang digunakan pada Golf GTI Mk7 terkenal dengan isu kebocoran minyak. Masalah ini berkait rapat dengan cover seal pada bahagian timing dan rocker. Walaupun alat gantinya hanya sekitar RM 400, penukaran cover seal sebenarnya agak sukar. Oleh itu, kos untuk menyelesaikan isu ini boleh mencecah RM 1,400.

VW Golf GTI Mk6 & Mk7: Hothatch kegemaran Malaysia, baloi beli 'second hand'? 11

Mengenai enjin turbo TSI, pemilik disarankan untuk membuat overhaul apabila perbatuan sudah mencecah ratusan ribu km. Namun begitu, ia mungkin memakan kos sehingga RM 15,000.

VW Golf GTI Mk6 & Mk7: Hothatch kegemaran Malaysia, baloi beli 'second hand'? 12

Imej: GearboxSpecialistMalaysia

Transmisi dwi-klac basah DSG yang digunakan pada Golf GTI pula sebenarnya tahan cukup lasak. Namun begitu, sesetengah pengguna melaporkan kegagalan posisi gear dimana kereta langsung tidak boleh bergerak. Masalah ini sering dikaitkan dengan isu mekatronik. Untuk alat ganti OEM, kos penukarannya adalah sekitar RM 3,000 – RM 4,000. Jika anda mahu guna mekatronik yang original, kosnya boleh mencecah RM 7,000.

Mengenai transmisi dwi-klac, sudah tentu klacnya akan haus apabila sampai masanya. Anggaran kos untuk menggantikan set klac yang baru adalah sekitar RM 2,500 – RM 4,000.

Bagaimana pula dengan kos servis?

VW Golf GTI Mk6 & Mk7: Hothatch kegemaran Malaysia, baloi beli 'second hand'? 13

Imej: Brainsync Motorsport

Seperti kereta biasa, selang perbatuan untuk melakukan servis adalah pada setiap 10,000 km. Kos servis yang biasa berharga sekitar RM 350 – RM 450. Kos untuk servis gearbox pula berada dalam lingkungan RM 800 – RM 900. Mengenai kos servis penyaman udara dan penukaran komponen yang haus seperti brake pad ataupun spark plug, harganya lebih kurang kereta Jepun sahaja.

VW Golf GTI Mk6 & Mk7: Hothatch kegemaran Malaysia, baloi beli 'second hand'? 14

Kredit: Hin Hin Battery

Mengenai bateri kereta pula, ia menggunakan jenis AGM dimana ia tahan 2 kali ganda berbanding bateri biasa. Walau bagaimanapun, kos untuk menggantikan kepada unit yang baru adalah sekitar RM 800 – RM 1,000.

Model tahun manakah paling baik?

Kami menyarankan pembeli untuk memilih model facelift kerana kebanyakan isu pada keluaran awal berkemungkinan telah pulih.

VW Golf GTI Mk6 & Mk7: Hothatch kegemaran Malaysia, baloi beli 'second hand'? 15

Secara keseluruhan, Volkswagen Golf GTI MK6 facelift yang dikeluarkan dari tahun 2011 agak berbaloi untuk dibeli sekiranya unit tersebut dijaga dengan baik. Malah, lebih baik sekiranya pembeli memilih unit yang tidak diubah suai bagi mengekalkan kualiti yang tulen.

VW Golf GTI Mk6 & Mk7: Hothatch kegemaran Malaysia, baloi beli 'second hand'? 16

Antara pembaharuan yang didatangkan pada Golf GTI Mk6 facelift ialah lampu siang DRL, sunroof, sistem infotainment sesentuh, dan roda 18 inci.

VW Golf GTI Mk6 & Mk7: Hothatch kegemaran Malaysia, baloi beli 'second hand'? 17

Mengenai Golf GTI Mk7 pula, model tahun 2013 dengan Tech Pack agak berbaloi untuk dibeli dimana ia mempunyai ciri yang sinonim oleh Golf GTI di Malaysia - kerusi kulit elektronik dan Dynamic Chassis Control (DCC).

VW Golf GTI Mk6 & Mk7: Hothatch kegemaran Malaysia, baloi beli 'second hand'? 18

Sekiranya anda tidak keberatan, kami mengesyorkan model facelift dimana ia dikeluarkan dari tahun 2018 hingga sekarang.

VW Golf GTI Mk6 & Mk7: Hothatch kegemaran Malaysia, baloi beli 'second hand'? 19

Model yang dikenali sebagai Mk7.5 ini menampilkan reka bentuk roda yang baru, lampu depan jenis LED adaptif, lampu belakang LED penuh, dan lampu insyarat jenis sequential.

VW Golf GTI Mk6 & Mk7: Hothatch kegemaran Malaysia, baloi beli 'second hand'? 20

Pada bahagian interior pula, Golf GTI Mk7.5 hadir dengan kluster instrumen digital serta sistem infotainment sesentuh yang berbingkai rata dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.

VW Golf GTI Mk6 & Mk7: Hothatch kegemaran Malaysia, baloi beli 'second hand'? 21

Di samping itu, ia menerima kuasa tambahan sebanyak 10 PS.

Tinjauan pasaran terpakai

VW Golf GTI Mk6 & Mk7: Hothatch kegemaran Malaysia, baloi beli 'second hand'? 22

Berdasarkan pasaran terkini, Volkswagen Golf GTI Mk6 facelift tahun 2011 berharga sekitar RM 65,000. Generasi Mk6 ini menggunakan enjin 2.0L turbo TSI (210 PS, 280 Nm tork) yang dipadankan dengan transmisi dwi-klac basah DSG 6 kelajuan.

VW Golf GTI Mk6 & Mk7: Hothatch kegemaran Malaysia, baloi beli 'second hand'? 23

Mengenai Golf GTI MK7 pula, model tahun 2013 boleh dibeli dengan harga serendah RM 113,000. Generasi ini menggunakan format tren kuasa yang serupa dengan Mk6 tetapi ia menghembuskan kuasa sebanyak 220 PS dan 350 Nm tork.

VW Golf GTI Mk6 & Mk7: Hothatch kegemaran Malaysia, baloi beli 'second hand'? 24

Sekiranya anda berminat dengan model facelift, keluaran tahun 2018 kini serendah RM 170,000 sahaja. Uniknya, model Mk7.5 ini mempunyai 230 PS.

Model Harga baru Harga terpakai Purata penuruhan harga tahunan
Mk6 facelift (2011) RM 209,888 ~RM 65,000 ~6.9%
Mk7 Tech Pack (2013) RM 227,888 ~RM 113,000 ~6.3%
Mk7.5 facelift (2018) RM 239,990 ~RM 170,000 ~9.7%

Walau apapun, harus diingatkan bahawa harga yang tertera di dalam laman sesawang jualan kebiasaannya belum muktamad. Anda mungkin perlu menambah sejumlah wang untuk membayar beberapa cas tambahan yang diperlukan untuk menyerahkan hak milik kepada anda sepenuhnya.

Selain itu, apa yang harus ditelitikan?

VW Golf GTI Mk6 & Mk7: Hothatch kegemaran Malaysia, baloi beli 'second hand'? 25

Volkswagen Golf GTI Club Malaysia

Seperti mana-mana kereta terpakai, tiada kereta sama yang mempunyai keadaan yang serupa. Oleh itu, anda lebih digalakkan untuk membeli terus daripada pemilik untuk mengetahui keadaan asal kereta tersebut. Anda juga disarankan untuk memilih kereta yang mempunyai rekod servis yang penuh untuk mengelakkan diri daripada sebarang penipuan pada perbatuan (mileage). Untuk maklumat anda, rekod servis dan penyelenggaraan juga memudahkan anda untuk mengetahui sejarah penyelenggaraan kereta tersebut.

VW Golf GTI Mk6 & Mk7: Hothatch kegemaran Malaysia, baloi beli 'second hand'? 26

Seperti kereta terpakai yang lain, anda boleh memeriksa kali terakhir servis dilakukan untuk mengetahui rekod penjagaan dengan lebih terperinci seperti minyak hitam, minyak transmisi (gearbox), air radiator, dan minyak brek.

Selain itu, anda dinasihatkan untuk menguji-pandu terlebih dahulu dan meneliti sama ada kereta tersebut pernah mengalami sebarang kerosakan kemalangan ataupun banjir

Konklusi

VW Golf GTI Mk6 & Mk7: Hothatch kegemaran Malaysia, baloi beli 'second hand'? 27

Walaupun telah lama di pasaran, Golf GTI terpakai cukup sesuai untuk anda yang idamkan sebuah hatchback yang serba boleh tanpa perlu berbelanja tinggi. Bukan setakat praktikal dan selesa untuk kegunaan harian, ia juga memberikan prestasi dan pengalaman pemanduan yang cukup menyeronokkan.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Volkswagen Golf GTI

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda