window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

VW Golf GTI Mk8 2021 CKD – harga dengan pengecualian cukai SST tidak mustahil?

Faisal · Jan 5, 2021 09:00 AM

VW Golf GTI Mk8 2021 CKD – harga dengan pengecualian cukai SST tidak mustahil? 01

Selama 7 generasi, VW Golf GTI telah menjadi pilihan utama buat kategori hothatch. Sepanjang pengeluaran, hothatch dari Jerman ini menggabungkan aspek prestasi dan praktikal di dalam pakej yang cukup menawan. Apa yang menarik buat generasi Mk8 ini ialah ia akan menjadi Golf GTI pertama yang dipasang tempatan (CKD). Jadi, apakah yang boleh jangkakan dari hothatch padu generasi ke-8 ini? Mari kita selami sama-sama.

CKD bermaksud harganya lebih murah?

VW Golf GTI Mk8 2021 CKD – harga dengan pengecualian cukai SST tidak mustahil? 02

VW Golf GTI Mk8 2021 diintip ketika diuji di Malaysia. Kredit: Akmal Azmi

Sebagai perbandingan, VW Golf GTI Mk7.5 yang diimport berharga RM 240k. Umumnya, kereta yang dipasang tempatan berharga lebih murah. Mengikut ramalan kami, Golf GTI Mk8 CKD mungkin berharga sekitar RM 220k.

Dari segi eksterior, apa yang baru?

VW Golf GTI Mk8 2021 CKD – harga dengan pengecualian cukai SST tidak mustahil? 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sekilas pandang, ia kelihatan seperti sebuah Volkswagen Golf GTI yang kita kenali. Jika dilihat dengan lebih terperinci, Golf GTI Mk8 hadir dengan wajah yang baru. Ia turut menampilkan lampu matriks LED IQ yang melengkapi kemasan gril yang boleh menyala.

VW Golf GTI Mk8 2021 CKD – harga dengan pengecualian cukai SST tidak mustahil? 01

Pada bahagian belakang, Golf GTI Mk8 masih mengekalkan identiti sebuah Golf GTI melalui susunan ekzos di kiri dan kanan. Antara sentuhan yang diperbaharui ialah lampu, reka bentuk bampar, dan lencana GTI yang beralih ke tengah. Pilihan reka bentuk roda yang baru juga hadir buat Golf GTI Mk8.

VW Golf GTI Mk8 2021 CKD – harga dengan pengecualian cukai SST tidak mustahil? 02

Interior yang berteknologi tinggi

VW Golf GTI Mk8 2021 CKD – harga dengan pengecualian cukai SST tidak mustahil? 03

Pada bahagian dalam, Golf GTI Mk8 menampilkan pemahaman yang cukup moden. Selain kluster instrumen Digital Cockpit, ia juga hadir dengan sistem infotainment sesentuh Discover Pro 10.25 inci.

VW Golf GTI Mk8 2021 CKD – harga dengan pengecualian cukai SST tidak mustahil? 04

Di samping itu, bahagian kabin pada Golf GTI Mk8 dihiaskan dengan reka bentuk stereng yang baru dan kerusi sports GTI. Walaupun Golf GTI sinonim dengan kerusi fabrik ‘Tartan’, pasaran Malaysia sering menggunakan kerusi kulit. Sebenarnya, spesifikasi sebegini sudah diterapkan sejak Golf GTI Mk5 lagi.

VW Golf GTI Mk8 2021 CKD – harga dengan pengecualian cukai SST tidak mustahil? 05

Masih menggunakan enjin 2.0L TSI?

VW Golf GTI Mk8 2021 CKD – harga dengan pengecualian cukai SST tidak mustahil? 06

Semestinya. Golf GTI Mk8 2021 masih dikuasai oleh enjin 2.0L EA888 yang sekarang di generasi Evo 4. Kini, ia menghasilkan 245 PS dan 370 Nm tork. Pecutan 0-100 km/j pula dapat dilakukan sepantas 6.2 saat. Untuk pasaran Malaysia, pembeli bakal ditawarkan dengan transmisi DCT 7 kelajuan klac basah (DSG). Ciri seperti differential mekanikal yang baru pula mungkin hadir buat pasaran Malaysia.

Apa lagi yang menarik?

VW Golf GTI Mk8 2021 CKD – harga dengan pengecualian cukai SST tidak mustahil? 07

Untuk Golf GTI Mk8, Volkswagen telah menerapkan pelbagai teknologi yang moden. Antaranya ialah:

  • Vehicle Dynamics Manager
  • Adaptive Chassis Control DCC
  • Electronic differential lock XDS+
  • Travel Assist, Side Assist dan Emergency Assist
  • Lane Assist
  • Front Assist Autonomous Emergency Braking dengan Pedestrian Monitoring

VW Golf GTI Mk8 2021 CKD – harga dengan pengecualian cukai SST tidak mustahil? 08

Sebagai sebuah model CKD, di manakah tempat pemasangannya?

VW Golf GTI Mk8 2021 CKD – harga dengan pengecualian cukai SST tidak mustahil? 09

Golf GTI Mk8 2021 akan dipasang secara CKD di kilang Volkswagen di Pekan, Pahang. Kami tidak sabar menantikan kehadiran generasi terbaru buat hot hatch yang cukup ikonik seperti ini. Pada masa yang sama, kami berharap bahawa ia akan dilancarkan dalam tempoh dimana pengecualian cukai SST masih sah supaya harganya lebih menarik buat peminat permotoran.

VW Golf GTI Mk8 2021 CKD – harga dengan pengecualian cukai SST tidak mustahil? 10

 

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Volkswagen Golf GTI

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda