window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

VW Golf Mk 7.5 Ikmal Amry terbalik 8 kali rempuh Perodua Myvi & Honda, mengaku tak cukup rehat

Mersita · Sep 5, 2022 12:00 PM

VW Golf Mk 7.5 Ikmal Amry terbalik 8 kali rempuh Perodua Myvi & Honda, mengaku tak cukup rehat 01

Pelakon Ikmal Amry mengakui dirinya sebagai punca kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) pada Sabtu lalu apabila Volkswagen Golf Mk 7.5 facelift yang dipandunya merempuh sebuah Perodua Myvi dan sebuah kereta jenis Honda.

Menurut perkongsiannya di Instagram, Ikmal menceritakan detik cemas apabila keretanya berpusing lapan kali dan terseret di lebuh raya berkenaan setelah merempuh Myvi berkenaan dari arah belakang semasa hendak menukar lorong.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ikmal Amry (@ikmalamry)

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ikmal yang ketika itu sedang dalam perjalanan menuju ke Melaka untuk menziahari keluarganya bersama isteri dan anaknya berusia kurang setahun mengatakan mereka sekeluarga masih trauma akibat kemalangan tersebut.

“Pengalaman pahit yg memberi seribu makna dan pengajaran buat diri ini. Tidak akan aku lupakan setiap detik yg terjadi. Tidak akan aku terima atas tindakan bodoh yg aku lakukan mengakibat jiwa lain dalam bahaya. Syukur sekali lagi Allah bg peluang untuk terus bernafas,” tulisnya di ruang kapsyen.

VW Golf Mk 7.5 Ikmal Amry terbalik 8 kali rempuh Perodua Myvi & Honda, mengaku tak cukup rehat 01

Kredit foto: myartis.com

Difahamkan, Ikmal sekeluarga dan juga mangsa-mangsa lain tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Selebriti berasal dari Melaka yang juga mesra dengan panggilan Am itu berkata dia memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat dan walaupun dia telah mengaku silapnya, dia ingin menyerahkan siasatan kepada pihak berwajib untuk menyelesaikan kes kemalangan ini.

“Hari sebelum kejadian, Am shooting sampai 7 pagi dan Am dah janji dengan keluarga Am untuk pulang ziarah. Jadi Am hanya rehat 3 jam. Jam 11am Am ‘otw’ ke Melaka. Dalam keadaan yang kurang rehat. Am gagahkan diri untuk drive.

VW Golf Mk 7.5 Ikmal Amry terbalik 8 kali rempuh Perodua Myvi & Honda, mengaku tak cukup rehat 02

“Am akui ia satu kesalahan apabila memandu dalam keadaan kurang rehat. 5km sebelum sampai tol Ayer Keroh, kejadian ngeri ini berlaku. Am terlanggar sebuah kereta Myvi dan Honda. Kereta Am berpusing dan terseret di tengah jalan,” nukilnya di IG Story di akaunnya semalam.

Dia turut bersyukur tiada siapa yang cedera akibat kemalangan tersebut selain diberi kesempatan untuk bernafas dan bertaubat atas kesilapan ini.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ikmal Amry (@ikmalamry)

Sebagai info, RUU Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 telah diluluskan pada Ogos 2020 dimana pindaan kesalahan memandu dalam keadaan mengantuk sehingga menyebabkan kemalangan atau kematian orang lain juga diluluskan dan kini ia tergolong dalam kategori pemanduan secara melulu dan berbahaya.

Juga baca: RUU Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 diluluskan; denda pemandu mabuk, mengantuk dan basikal lajak

Dakwaan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda tidak kurang daripada RM 5,000 dan tidak lebih daripada RM 15,000, jika sabit kesalahan.

Juga baca: Civic ‘sapu’ motosikal EX5 – Bukan mabuk, tapi mengantuk. Adakah dendanya sama?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda