window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

VW Group buka hab pengedaran alat ganti serantau di Johor

Mersita ยท Jan 15, 2021 11:00 AM

VW Group buka hab pengedaran alat ganti serantau di Johor 01

Volkswagen Group baru-baru ini telah menubuhkan satu pusat pengedaran bahagian kereta atau alat ganti serantau yang baharu di Tanjung Pelepas, Johor yang akan berfungsi sebagai rantaian pembekal alat ganti tulen bagi 21 pasaran di rantau Asia Pasifik.

VW Group buka hab pengedaran alat ganti serantau di Johor 02

Pusat pengedaran alat ganti kereta yang baharu ini nyata lebih besar daripada yang terdahulu dengan keluasan 50,000 meter persegi. Pusat pengedaran ini mempunyai sekitar 65,000 alat ganti tulen bagi jenama Volkswagen Group termasuklah Volkswagen Passenger Cars, Audi, Skoda, dan Volkswagen Commercial Vehicles.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

VW Group buka hab pengedaran alat ganti serantau di Johor 01

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata yang syarikat seperti Volkswagen Group mengambil peluang terhadap lokasi strategik Malaysia serta infrastruktur kita yang cekap dan dipercayai seperti pelabuhan, lapangan terbang, dan institusi kewangan – membolehkan mereka untuk mempertingkatkan kecekapan operasi, mengoptimumkan kualiti produk dan perkhidmatan serta kepantasan bagi pelanggan mereka.

VW Group buka hab pengedaran alat ganti serantau di Johor 02

Ketua Volkswagen Group Sales, Dr. Christian Dahlheim, berkata yang rantau Asia Pasifik menawarkan banyak potensi, terutama sekali dalam e-mobiliti. Pemilihan Malaysia sebagai hab pengedaran alat ganti mereka adalah berikutan lokasi negara ini yang strategik; sesuai dengan rancangan kumpulan itu untuk memperluaskan kedudukan mereka di rantau ini.

Fasiliti baharu ini dibina dengan tahap kecekapan proses dan pengedaran yang dipertingkatkan dengan pemprosesan gudang yang ditambahbaik sehingga 15 peratus.

VW Group buka hab pengedaran alat ganti serantau di Johor 03

Tambahan pula, fasiliti ini juga disesuaikan dengan keperluan Volkswagen Group – dimana sistem-sistem penstoran seperti ‘paternoster’ semi-automatik dan lorong sempit menegak dibina bagi ruang gudang dan pengoptimuman proses yang lebih baik. Selain dari itu, perkhidmatan nilai tambah kini ditawarkan untuk pelanggan, antaranya pembungkusan dan pelabelan semula pada tahap runcit bagi memudahkan pengedaran peniaga.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda