window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

VW Passat R-Line 2020 dilancarkan di Malaysia! Enjin TSI turbo 2.0 liter, harga anggaran RM 210,000

Mersita · Aug 12, 2020 12:30 PM

VW Passat R-Line 2020 dilancarkan di Malaysia! Enjin TSI turbo 2.0 liter, harga anggaran RM 210,000 01

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) baru sahaja melancarkan Volkswagen Passat R-Line 2020 baru di Volkswagen Tour hari ini. Dengan harga anggaran RM 210,000, VW Passat R-Line yang dipasang tempatan ini menjadi saingan baru kepada sedan segmen D lain seperti Toyota Camry dan Honda Accord.

VW Passat R-Line 2020 dilancarkan di Malaysia! Enjin TSI turbo 2.0 liter, harga anggaran RM 210,000 02

Prestasi

VW Passat R-Line ini mempunyai tren kuasa yang sama dengan VW Arteon serba baru dengan pacuan roda hadapan dan enjin TSI turbo 2.0 liter yang mampu menjana 190 PS dan 320 Nm tork. Tren kuasa ini dilengkapi dengan transmisi automatik DSG 7 kelajuan.

VW Passat R-Line 2020 dilancarkan di Malaysia! Enjin TSI turbo 2.0 liter, harga anggaran RM 210,000 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Harga

Varian R-Line ini satu tahap lebih tinggi daripada varian Elegance. Perbezaan harganya seperti berikut:

Volkswagen Passat 2.0 TSI R-line – anggaran RM 210,000

Volkswagen Passat 2.0 TSI Elegance – RM 182,878 (OTR tanpa SST)

VW Passat R-Line 2020 dilancarkan di Malaysia! Enjin TSI turbo 2.0 liter, harga anggaran RM 210,000 01

Perbezaan antara VW Passat R-Line dengan Passat 2.0 Elegance

VW Passat R-Line 2020 dilancarkan di Malaysia! Enjin TSI turbo 2.0 liter, harga anggaran RM 210,000 02

Kelengkapan tambahan pada Volkswagen Passat R-Line adalah DCC (Dynamic Chassis Control) yang memberikan pemandu kebebasan untuk menetapkan bagaimana kereta ini dikendalikan. Pasangkan mod DCC untuk pemanduan yang lebih 'sporty'.

VW Passat R-Line 2020 dilancarkan di Malaysia! Enjin TSI turbo 2.0 liter, harga anggaran RM 210,000 03

VW Passat R-Line 2020 dilancarkan di Malaysia! Enjin TSI turbo 2.0 liter, harga anggaran RM 210,000 04

Selain daripada itu, R-Line juga dipasang dengan bampar yang tampak lebih agresif, lencana R-Line pada grilnya, serta tayar 19 inci yang lebih besar. Corak rimnya kekal sama dengan Passat 2.0 Elegance.

VW Passat R-Line 2020 dilancarkan di Malaysia! Enjin TSI turbo 2.0 liter, harga anggaran RM 210,000 05

Kemasan di ruang 'diffuser' di bahagian belakang juga diberi warna krom yang lebih bergaya dan ranggi.

VW Passat R-Line 2020 dilancarkan di Malaysia! Enjin TSI turbo 2.0 liter, harga anggaran RM 210,000 06

VW Passat R-Line 2020 dilancarkan di Malaysia! Enjin TSI turbo 2.0 liter, harga anggaran RM 210,000 07

Tayar Passat 2.0 Elegance

Dalaman

Ruang dalamannya tidak jauh bezanya dengan Passat Elegance dengan sedikit tambahan lencana R-Line pada sterengnya. Papan pemukanya berbeza sedikit dimana kemasan di bawah ruang udara penghawa dingin tersebut mempunyai corak berlainan dengan varian Elegance.

VW Passat R-Line 2020 dilancarkan di Malaysia! Enjin TSI turbo 2.0 liter, harga anggaran RM 210,000 08

VW Passat R-Line 2020 dilancarkan di Malaysia! Enjin TSI turbo 2.0 liter, harga anggaran RM 210,000 09

Papan pemuka Passat 2.0 Elegance

Tempat duduk bagi varian R-Line ini juga diperincikan dengan logo R-Line pada penyandarnya dengan pelapik kerusi kulit bertekstur 'carbon black'  - membuatkan VW Passat R-Line tampak lebih mewah dan 'sporty' berbanding VW Passat 2.0 Elegance.

Kerusi Passat R-Line 'ErgoComfort' ini juga lebih berbentuk dan 'memeluk' untuk pemanduan yang lebih selesa dan postur kedudukan kemas. Kerusinya juga mempunyai pelarasan 14 cara berbanding Passat 2.0 Elegance yang hanya diberi pelarasan 12 cara.

VW Passat R-Line 2020 dilancarkan di Malaysia! Enjin TSI turbo 2.0 liter, harga anggaran RM 210,000 10

VW Passat R-Line 2020 dilancarkan di Malaysia! Enjin TSI turbo 2.0 liter, harga anggaran RM 210,000 11

Kerusi hadapan Passat 2.0 Elegance

Dijual dengan harga anggaran RM 210,000, VW Passat R-Line adalah sedan R-Line Volkswagen terbaru yang memadankan kabin yang luas serta pengendalian yang lebih cekap dan diperhalusi.

Volkswagen Passat R-Line 2020 baru ini boleh didapati dalam warna 'pearl effect' iaitu Deep Black dan Oryx White manakala untuk efek metalik ada pilihan Manganese Grey, Reflex Silver, Aquamarine Blue dan Tamarind Brown.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Volkswagen Passat 2.0 TSI R-Line

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda