window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

VW Polo GTI facelift 2021 membuat debut – lagi berkuasa daripada Golf GTI Mk5!

Faisal · Jul 1, 2021 01:00 PM

VW Polo GTI facelift 2021 membuat debut – lagi berkuasa daripada Golf GTI Mk5! 01

Volkswagen Polo GTI (Mk6) facelift 2021 akhirnya didedahkan secara rasmi setelah beberapa kali diacah sebelum ini. Hothatch yang cilik ini tampil dengan perubahan pada bahagian eksterior, interior, dan juga pembaharuan pada ciri bantuan keselamatan ADAS.

Prestasi – Kekal padu

VW Polo GTI facelift 2021 membuat debut – lagi berkuasa daripada Golf GTI Mk5! 02

Enjin 2.0L turbo (207 PS/320 Nm tork) yang dipadankan dengan transmisi DCT 7 kelajuan kekal beransur pada model facelift.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Hothatch yang berpacuan roda depan ini berupaya memecut dari 0-100 km/j dalam masa 6.5 saat sahaja sebelum mencecah kelajuan tertinggi pada 240 km/j.

VW Polo GTI facelift 2021 membuat debut – lagi berkuasa daripada Golf GTI Mk5! 01

Eksterior – Sentuhan baru

Perubahan yang paling ketara pada Polo GTI facelift ialah pada reka bentuk lampu LED di bahagian belakang yang mana ia hadir dengan nyalaan animasi dan lampu isyarat jenis dinamik. Kali ini, bampar belakangnya datang dengan unsur ala diffuser.

VW Polo GTI facelift 2021 membuat debut – lagi berkuasa daripada Golf GTI Mk5! 02

Di depan pula, lampu Adaptive Front Lighting System (AFS) kali ini dilengkapkan dengan penambahan nyalaan DRL pada bahagian bawah. Pada masa yang sama, lampu DRL ini bersambung pada bahagian gril.

VW Polo GTI facelift 2021 membuat debut – lagi berkuasa daripada Golf GTI Mk5! 03

Sebagai model GTI, terdapat beberapa sentuhan warna merah yang menandakan unsur hangat. Antaranya seperti di bahagian pengapit brek, gril, lampu, dan pada logo GTI itu sendiri.

Interior – Unsur warna merah diketengahkan

VW Polo GTI facelift 2021 membuat debut – lagi berkuasa daripada Golf GTI Mk5! 04

Pada bahagian dalam, Polo GTI facelift didatangkan dengan stereng Volkswagen terkini yang menggunakan butang kapasitif beserta dengan kemasan warna merah. Elemen ini diterapkan juga pada bahagian trim papan pemuka, tombol gear, dan konsol tengah.

VW Polo GTI facelift 2021 membuat debut – lagi berkuasa daripada Golf GTI Mk5! 05

Secara standard, bahagian kabin Polo GTI facelift dilengkapkan dengan VW Digital Cockpit Pro yang mana ia menghadiri kluster instrumen digital 10.25 inci dan infotainment bersaiz 8 inci. Sistem infotainment Discover Pro 9.2 inci yang menyokong Apple CarPlay/Android Auto tanpa wayar juga ada sebagai pilihan tambahan.

VW Polo GTI facelift 2021 membuat debut – lagi berkuasa daripada Golf GTI Mk5! 06

Keselamatan – Dinaik taraf kepada pemanduan autonomi Tahap 2

Ciri keselamatan ADAS pada Volkswagen Polo GTI facelift turut dinaik taraf dengan pilihan lampu IQ.Light Matrix LED dan iQ.Drive Travel Assist. Secara teknikal, ia mempunyai ciri kawalan pelayaran adaptif dan bantuan pengekalan dalam lorong yang mana ia boleh berfungsi dari 0 hingga 210 km/j.

VW Polo GTI facelift 2021 membuat debut – lagi berkuasa daripada Golf GTI Mk5! 07

Bila nak masuk Malaysia?

Malangnya, masih belum ada sebarang berita mengenai pelancaran Volkswagen Polo Mk6 di Malaysia, apatah lagi versi GTI. Apapun, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) dijangka melancarkan Volkswagen Golf Mk8 dalam tahun ini juga. Mungkinlah Volkswagen Polo Mk6 akan menyusul sekali? Sama-sama kita nantikan.

Juga baca:

VW Golf Mk8 bakal dilancarkan pada negara pandu kanan - Malaysia suku ke-2 2021!

Senarai kereta yang akan dilancarkan di Malaysia separuh ke-2 2021 - Iriz Active, City Hatchback dan banyak lagi!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Volkswagen Polo 1.6L Comfortline

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda