window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

VW Polo Mk6 facelift 2021 diacah, debut dunia 22 April – Malaysia ketinggalan?

Faisal · Apr 20, 2021 12:00 PM

VW Polo Mk6 facelift 2021 diacah, debut dunia 22 April – Malaysia ketinggalan? 01

Walaupun rakyat Malaysia masih menunggu ketibaan Volkswagen Polo generasi Mk6, negara lain nampaknya lebih bertuah kerana mereka sedang menantikan model facelift.

VW Polo Mk6 facelift 2021 diacah, debut dunia 22 April – Malaysia ketinggalan? 02

Volkswagen Polo Mk6 pra-facelift.

Bagi anda yang belum tahu, Volkswagen Polo adalah salah satu model yang paling berjaya di kelasnya dengan jualan global yang mencecah 18 juta unit sejak diperkenalkan pada tahun 1975. Untuk maklumat anda, ia diibarat seperti adik kepada Golf. Perkara ini dapat dilihat sendiri pada reka bentuknya.

VW Polo Mk6 facelift 2021 diacah, debut dunia 22 April – Malaysia ketinggalan? 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dengan debut global secara maya untuk model facelift yang akan berlangsung pada hari Khamis, 22 April ini, Volkswagen telah mendedahkan satu iklan awal yang kelihatan cukup menerujakan. Nampaknya, model facelift akan tampil dengan sentuhan baru pada lampu LED depan. Malah, warna ungu yang dipertontonkan juga nampak mengancam.

VW Polo Mk6 facelift 2021 diacah, debut dunia 22 April – Malaysia ketinggalan? 01

Gambaran awal ini juga memperlihatkan garisan yang berlampu pada gril depan, sama seperti Golf Mk8. Apapun, butiran teknikal mengenai hatchback yang cilik ini akan diberikan kemudian tetapi ia mungkin tidak berbeza sangat dengan model pra-facelift.

Juga bacaVW Golf Mk8 bakal dilancarkan pada negara pandu kanan - Malaysia suku ke-2 2021!

VW Polo Mk6 facelift 2021 diacah, debut dunia 22 April – Malaysia ketinggalan? 02

Bahagian dalam Seat Ibiza facelift.

Walau bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan sama ada Polo 2021 akan hadir dengan skrin infotainment baru seperti Seat Ibiza facelift. Untuk pengetahuan anda, kedua-dua model ini diasaskan oleh platform MQB A0 yang sama.

Persoalannya, adakah pasaran Malaysia akan kekal ketinggalan atau menerima Polo facelift terus?

Juga bacaVolkswagen Polo Mk6 2021 – bolehkah ia merampas takhta Toyota Yaris?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Volkswagen Polo 1.6L Comfortline

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda