window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

W214 Mercedes-Benz E-Class sah dilancarkan pada 2023, tambah varian EV tulen

Mersita · May 21, 2022 04:00 PM

W214 Mercedes-Benz E-Class sah dilancarkan pada 2023, tambah varian EV tulen 01

Mercedes-Benz E-Class generasi W213 terkini tidak lama lagi bakal digantikan dengan model generasi serba baru, W214, yang akan menyusul tiba pada tahun 2023. E-Class terbaru itu juga akan diiringi dengan varian EV yang dibangunkan khusus untuk China, jelas CEO, Ola Källenius.

Bercakap di acara kemaskini strategi ‘Economics of Desire’ semalam, Ola berkata strategi produk Mercedes-Benz Group bagi segmen Core Luxury, juga terdiri daripada C-Class dan E-Class – penyumbang jumlah terbesarnya – adalah untuk memacu peralihan ke arah elektrifikasi.

W214 Mercedes-Benz E-Class sah dilancarkan pada 2023, tambah varian EV tulen 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Syarikat itu mahu mencapai elektrifikasi sepenuhnya menjelang 2030, namun hanya di negara-negara yang mempunyai keadaan pasaran sesuai, dan juga mahu menjadi syarikat neutral karbon menjelang 2039.

Bagi E-Class generasi seterusnya, dua platform berkebolehan EV disebut; platform EVA2 (kini digunakan pada EQE, EQE SUV) dan MB.EA (akan didebut pada 2025). Percaturan ini menimbulkan lebih banyak tanda tanya berbanding jawapan kerana jarang sekali sesebuah model untuk bertukar platform di pertengahan kitaran hayatnya, ataupun menggunakan dua platform pada satu-satu masa. Namun, Ola tidak memberi sebarang maklumat lanjut berkaitan perkara ini.

W214 Mercedes-Benz E-Class sah dilancarkan pada 2023, tambah varian EV tulen 01

“Dengan segmen Core Luxury, syarikat merancang untuk jadi elektrik sepenuhnya pada skala masa yang dipercepatkan, memanfaatkan platform EVA2 (EQE, EQE SUV) dan kemudiannya seni bina MB.EA. E-Class serba baharu akan tiba di pasaran pada tahun depan dan ia akan mengorak langkah ke depan bagi segmen ini. Kategori produk ini juga akan berkembang menerusi penambahan satu lagi model berdasarkan platform EVA2 dan direka khusus untuk pasaran China,” katanya.

Platform Mercedes-Benz
Terkini Selepas 2025

MFA II
Kereta kompak - front-wheel drive A, B-Class, GLA, GLB, EQA

MMA (debut 2024)
EV kompak hingga sederhana - next gen EQA, C-Class EV
MRA II
Kereta sederhana hingga besar - rear-wheel drive C, E, S-Class, GLC, GLE, GLS, EQC
MB.EA
EV sederhana hingga besar
EVA
EV besar - EQS, EQE, EQE SUV, EQS SUV
AMG.EA
Next gen AMG EVs
CV
Van - V-Class, Vito, EQV
VAN.EA
Next gen EQV

E-Class generasi W213 terkini yang dijual di pasaran menggunakan platform MRA II, yang juga digunakan oleh hampir semua model Mercedes-Benz, kecuali model-model kompak pacuan roda hadapan serta van.

W214 Mercedes-Benz E-Class sah dilancarkan pada 2023, tambah varian EV tulen 02

Pesaing ketatnya, BMW, juga baru saja mengumumkan satu varian EV (berserta jarakroda panjang) bagi 3 Series untuk pasaran China – dijual di sana sebagai BMW i3 Sedan. Walaupun namanya sebegitu, i3 Sedan langsung tiada kaitan dengan i3 berchassis carbon fibre yang dilancarkan pada 2013 (namun sudah dihentikan produksinya).

Juga baca: Apa barang petrol, ini ialah BMW i3 Sedan khas untuk China sahaja – 3 Series EV! Mana C-Class?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Mercedes-Benz E-Class E200 Avantgarde

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda